Rektor UIAM & Ulama Terkemuka Maghribi Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1448H

Anak kelahiran Maran, Pahang itu menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna selepas lebih lima dekad mengabdikan diri dalam dunia akademik.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dan pengasas Kesatuan Ulama Islam Sedunia dari Maghribi, Prof Sheikh Dr Ahmad Al-Raysuni, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1448H/2026M bagi kategori kebangsaan dan antarabangsa

SAYS.com

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) bersama Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar (dua, kiri) dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa, Dr Ahmad Al-Raysuni (empat, kiri). Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) dan Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan (kanan) di Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H di Masjid Putra, Putrajaya

Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada Khamis.

Dr Osman Bakar, 80, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan atas sumbangan berterusannya dalam bidang akademik, ketamadunan Islam dan pembangunan intelektual negara di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Anak kelahiran Maran, Pahang itu menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna selepas lebih lima dekad mengabdikan diri dalam dunia akademik.

Menurut beliau, sepanjang 56 tahun bergelar ahli akademik, seluruh kehidupannya tertumpu kepada bidang ilmu pengetahuan.

SAYS.com
Image via Buletin TV3

"Saya menganggap kehidupan saya sebagai satu jihad dalam bidang ilmu pengetahuan, iaitu jihad untuk mempertahankan kebenaran, menegakkan ilmu yang benar dan melawan ilmu yang palsu," katanya.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Distinguished Scholar Award pada ASEAN International Book Award tahun lalu serta Anugerah Antarabangsa Farabi Ke-13 dalam bidang Ilmu Kemanusiaan dan Pengajian Islam pada 2022.

Selain itu, beliau turut aktif menyumbang dalam beberapa badan ilmiah dan dasar negara termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Protem Etika Bioteknologi Majlis Bioetika Negara serta Pengerusi Penasihat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia.

Ahmad Al-Raysuni terkenal dalam bidang Maqasid Syariah

Bagi kategori antarabangsa pula, Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni diiktiraf atas sumbangan besarnya dalam pembangunan ilmu Islam, khususnya dalam bidang Maqasid Syariah, Usul Fiqh dan Fiqh Kontemporari.

Tokoh kelahiran Maghribi itu pernah memegang jawatan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia dari tahun 2018 hingga 2022 selepas sebelum itu dilantik sebagai Timbalan Presiden pada 2013.

Beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan daripada universiti di negara Arab dalam bidang undang-undang dan syariah, selain dikenali sebagai antara sarjana terkemuka dunia dalam bidang Maqasid Syariah.

Antara karya beliau yang menjadi rujukan penting di institusi pendidikan Islam ialah Nazariyyah al-Maqasid, Maqasid al-Maqasid dan Qawa'id al-Maqasid.

Penganugerahan kedua-dua tokoh itu dilihat sebagai penghargaan terhadap jasa mereka dalam memperkasa ilmu dan pemikiran Islam di peringkat global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: