Saringan Dadah Mandatori Juruterbang Malaysia Airlines Selesai, Semua Dilaporkan Negatif

MAG akan memulakan saringan mandatori juga untuk 2,840 krew kabin Malaysia Airlines.

Enlarge text
Cover ImageCover image via New Straits Times & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Saringan dadah mandatori untuk Malaysia Airlines akhirnya telah selesai

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan kesemua juruterbang Malaysia Airlines telah melepasi saringan dadah dengan keputusan negatif. Kesemua 1,260 juruterbang aktif kini telah disaring.

Saringan ini telah selesai pada 15 Ogos dan bermula berikutan kes penangkapan juruterbang Malaysia Airlines di Indonesia kerana membawa masuk lebih 70 ribu pil ekstasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar, mengatakan saringan ini hanya fasa pertama dan akan diteruskan dengan saringan bagi kumpulan yang lain pula.

"Fasa pertama yang penting ini sudah berakhir tetapi kerja masih belum berakhir,

"Kami akan meneruskan saringan seterusnya ke atas semua kumpulan operasi lain untuk memastikan piawaian yang ketat yang sama untuk semua syarikat penerbangan,"
tambah beliau.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Saringan krew kabin diteruskan untuk piawaian terbaik semua operasi syarikat penerbangan

MAG akan memulakan saringan mandatori untuk lebih kurang 2,840 krew kabin Malaysia Airlines.

Saringan ini akan bermula pada 18 Ogos dan dijangka berakhir pada 3 September ini. Program ini adalah untuk memastikan piawai sama untuk semua operasi syarikat penerbangan.

SAYS.com

Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar

Image via New Straits Times

Tambahan lagi, MAG mengesahkan lebih separuh daripada semua krew Firefly telah disaring.

Sejak 15 Ogos lepas, 158 juruterbang Firefly bersama 163 krew kabin telah disaring dimana semuanya dilaporkan negatif. Firefly dijangka akan menghabiskan saringan semua juruterbang dan krew kabin pada 25 Ogos lebih awal dari tarikh akhir saringan iaitu 5 September.

Saringan dadah secara rawak akan diteruskan

MAG turut menambah, saringan mandatori ini tidak akan menggantikan program saringan dadah secara rawak yang ada.

Pasukan Keselamatan dan Kesihatan akan meneruskan kerja saringan dadah secara rawak dengan kerjasama pihak berkuasa.

"Kami akan meneruskan langkah untuk menguatkan lagi perlindungan, memartabakan piawaian operasi, mengekalkan keyakinan penumpang dan pihak berkepentingan," kata Nasaruddin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via