Siapa Daftar Dahulu, Akan Didahulukan, Tapi Dalam Simpanan Wajib Cukup RM15,000 – TH

Difahamkan, prinsip 'siapa dahulu, didahulukan' kekal digunakan tetapi dengan syarat simpanan minimum RM15,000.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Waktu Solat & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tabung Haji kekal menggunakan prinsip "siapa dahulu, didahulukan" dalam sistem giliran haji

Tetapi mulai tahun 2029, kedudukan berkenaan hanya dapat dikekalkan oleh pendeposit yang memenuhi syarat simpanan minimum RM15,000 sahaja.

Dilaporkan oleh Berita Harian, Lembaga Tabung Haji (TH) mengatakan pendeposit yang sudah mendaftar haji, tarikh dan masa pendaftaran asal masih menjadi asas menentukan kedudukan giliran dengan syarat mereka mencukupkan simpanan RM15,000 selewat-lewatnya pada 31 Disember 2028.

Mulai 1 Januari 2029, pendeposit yang masih belum mencapai jumlah berkenaan akan berdepan penyusunan semula kelayakan giliran dan kedudukan tidak lagi bergantung kepada tarikh pendaftaran.

Keadaan ini turut terpakai untuk pendeposit yang sudah menunggu 10 atau 20 tahun, walaupun kedudukan giliran yang sekian lama dipegang membawa harapan besar kepada mereka.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Prinsip kekal 'siapa dahulu, didahulukan' dengan syarat RM15,000

"Prinsip 'siapa dahulu, didahulukan' masih dikekalkan dalam kalangan pendeposit yang memenuhi syarat RM15,000, berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji masing-masing," menurut TH.

Tetapi pendeposit yang baru mencapai RM15,000 pada atau selepas 2029 tidak akan memperoleh semula kedudukan giliran lamanya secara automatik walaupun memenuhi syarat kewangan untuk berada di dalam giliran haji.

Kedudukan mereka ini akan ditentukan berdasarkan susunan giliran dan mekanisme kelayakan yang berkuat kuasa ketika itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via TVS

TH menasihati pendeposit supaya tidak menunggu hingga penghujung 2028 dan memulakan simpanan dari sekarang.

Setakat ini, lebih 80% pendeposit TH iaitu kira-kira 4.1 juta pendeposit yang sudah berdaftar tetapi tidak mempunyai simpanan kurang daripada RM15,000.

"Matlamat TH bukan untuk menafikan peluang sesiapa, tetapi untuk membantu membentuk sistem giliran yang lebih adil, teratur dan mencerminkan kesiapsiagaan sebenar bakal jemaah,"
menurut TH.

Kelayakan giliran akan disusun semula mulai 1 Januari 2029 mengikut pematuhan syarat simpanan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: