Sikap Murni Rider Selamatkan & Kebumikan Kucing Kemalangan Dipuji Ramai
Amal jariah besar buat kucing-kucing yang kemalangan dilanggar kenderaan.
Cover image via @m_sy4h (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kematian haiwan peliharaan seperti kucing kesayangan pasti akan membuat penjaganya berduka
Tindakan mengebumikannya adalah salah satu cara untuk seseorang itu memujuk diri bahawa haiwan peliharaannya sudah tiada.
Lebih sedih jika kucing peliharaan atau liar yang sudah kerap kali kita lihat mati di tepi atau di tengah jalan kerana dilanggar oleh kenderaan.
Kadangkala, kita melihat bangkai haiwan tersebut dibiarkan sebelum dibantu oleh pihak berwajib untuk mengalihkan bangkai tersebut.
Seorang pemuda dan juga rider penghantaran makanan, bernama Muhammad Syahmi Abni Hajar.
Beliau tampil membantu dengan membuat satu amal jariah yang pahalanya sudah tentu besar.

Amal jariah besar buat kucing-kucing yang teraniaya dilanggar kenderaan
Dalam satu temu duga bersama Borak seeNI, Syahmi mengatakan beliau pada mulanya hanya mengendahkan perkara yang sama. Hanya melihat bangkai kucing-kucing yang mati dilanggar oleh kenderaan di tepi jalan.
Tetapi hari demi hari, beliau masih ternampak seekor kucing yang sama masih di tempat yang sama.

"Bila saya fikir dan sedar. Mungkin ini ialah amanah yang Allah hadirkan dalam doa saya. Sebab saya selalu berdoa 'Ya Allah, sibukkanlah aku dengan kebaikan agar terlupa akan kesedihan dan kekurangan hidupku',
"Jadi bila benda itu kerap berlaku, saya cuba permudahkan segala urusan kucing tu, dan urusan orang yang guna jalan raya," katanya.
Syahmi mengatakan perkara ini mungkin disebabkan kucing yang telah dilanggar oleh motosikal yang cuba mengelak, lalu berlaku kemalangan. Buat individu yang memandu pula, mungkin ada yang mahu membantu tetapi tiada tempat untuk berhenti.
Situasi apa yang beliau buat untuk membantu
Menurut Syahmi, beliau akan menyelesaikan kerjanya dahulu dan menutup shift rider.
Selepas itu, baru beliau akan bersedia untuk membantu kucing yang dijumpai untuk diselamatkan.
Dengan menyediakan sarung tangan, beg plastik, cangkul dan peralatan kamera untuk pengurusan penanaman setiap kucing yang mengalami kemalangan yang dijumpainya.

Setelah bangkai kucing tersebut diangkat, bangkai itu akan dimasukkan ke dalam plastik dan kemudian dikeluarkan untuk ditanam di tanah-tanah berdekatan. Jika tanah terlalu keras, Syahmi akan cuba mencari ikhtiar untuk meminjam cangkul.
Pada masa yang sama, beliau juga akan merekodkan video bagi memberitahu lokasi kejadian kepada orang ramai. Dari awal proses sehinggalah habis proses mengebumikan kucing.

Sebarkan kebaikan kepada orang ramai dan berita kepada pemilik kucing
Antara perkara yang Syahmi mahu sampaikan ialah menyebarkan kebaikan dan juga menyampaikan berita melalui video jika kucing yang mengalami kemalangan itu mempunyai tuannya sendiri.
Syahmi sendiri pernah mendapat beberapa panggilan mengenai tuan yang mencari atau mahu mengesahkan kucing mereka.
"Segala urusan kucing dan tuan kucing itu untuk memudahkan," tambah beliau.
Beliau juga ada memberitahu orang ramai turut memberitahu jika mereka ada ternampak kucing-kucing yang kemalangan di tepi jalan. Syahmi kemudian akan turun padang untuk menguruskan proses buat kucing berkenaan.
Syahmi juga meluahkan rasa sedih dan bersimpati apabila pernah sekali menjumpai ibu dan anak kucing yang terlibat dalam kemalangan di satu tempat dan akhirnya ditanam.
Beliau menggunakan platformnya untuk mempermudahkan urusan lain bukan untuk diri sendiri sahaja.
Inilah sesuatu yang perlu diambil iktibar dan inspirasi. Mulia sekali perkara yang dilakukan oleh Syahmi. Syahmi banyak berkongsi video-videonya di laman Threads, Instagram dan TikTok miliknya.
Terima kasih sebab menguruskan bangkai-bangkai kucing di jalan raya. Semoga segala kebaikan Syahmi dipermudahkan dan menjadi asbab untuk ke syurga nanti InsyaAllah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


