Sukarelawan F1 Akan Dibayar RM60 Sehari, Permohonan Kini Dibuka

Dapatkan pengalaman berharga untuk acara terulung ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat sukan permotoran terutamanya acara Formula 1 (F1) kini boleh memohon untuk menjadi sukarelawan di Sepang nanti

Acara berprestij ini kembali ke Sepang setelah hampir sedekad dan akan bermula pada 2 hingga 4 Oktober 2026 ini.

Orang ramai kini berpeluang untuk merasai pengalaman di sebalik acara besar bertaraf antarabangsa.

Permohonan ini telah dibuka di laman rasmi Sepang International Circuit (SIC), anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk membantu perjalanan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix kali ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Sukarelawan yang terpilih akan diberi pelbagai tugasan mengikut keperluan penganjur sepanjang acara itu berlangsung bagi melancarkan lagi acara kerana seperti dijangka ramai orang akan hadir ke acara yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat F1 di Malaysia dan antarabangsa.

SAYS.com
Image via Astro AWANI

Sukarelawan akan dibayar elaun RM60 sehari dan makanan disediakan

Sukarelawan pula akan dibayar elaun RM60 sehari dan makanan akan diberikan sepanjang tempoh bertugas.

Jadual bertugas pula akan bergantung kepada tugasan harian mengikut keperluan pihak menganjur.

SAYS.com
Image via eWarta

Pemohon perlu mengisi butiran peribadi, alamat kediaman dan pengalaman terdahulu sebagai sukarelawan SIC (jika ada).

Terdahulu, FIA dan Formula 1 telah mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober tahun ini.

Litar Antarabangsa Sepang merupakan antara litar F1 paling ikonik dengan bentuk berinspirasi daripada bunga raya serta disukai ramai pemandu profesional F1 dan peminat F1.

Mahukan pengalaman berharga F1? Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan DI SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: