Tahukah Anda, Beyblade Sebenarnya Diiktiraf Sebagai Aktiviti Kokurikulum Rasmi Sekolah Malaysia

Sebagai rekod, permainan Beyblade sudah pun diiktiraf kokurikulum rasmi sejak tahun 2024 lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via teamrevoxmy / Instagram & IMDb

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia adalah negara pertama dalam dunia yang mengiktiraf Beyblade sebagai aktviti kokurikulum sekolah

Pada Disember 2024, hobi ini telah dimasukkan ke dalam inisiatif Rakan Muda di mana pelajar sekolah boleh mendapatkan markah kokurikulum jika memasuki pertandingan Beyblade.

Insiatif ini diperkenalkan oleh Kelab Gasing Beyblade (KGB) untuk memasukkan permainan penuh debaran ini masuk ke sistem pembelajaran sekolah secara formal.

Direka khas untuk pelajar berumur 6 hingga 12 tahun, program ini telah memodenkan permainan tradisional gasing menjadi konsep untuk mereka membina minat mereka bagi masa hadapan.

Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri juga bersetuju untuk terus menyokong program ini.

SAYS.com
Image via Disney Plus

'Road to 1,000' menjadi sasaran buat program ini berkembang ke seluruh Malaysia

Proses ini telah melibatkan pemberian 1,000 stadium Beyblade dan lebih 3,000 starter kit kepada sekolah-sekolah bagi memastikan setiap pelajar tidak mengira latar belakang boleh mempunyai kelengkapan untuk menyertai program ini.

Impian 1,000 sekolah dengan kokurikulum ini mungkin tidak lama lagi akan tercapai.

SAYS.com
Image via teamrevoxmy / Instagram

Insiatif yang menggabungkan keseronokan dan pendidikan

Ditemu duga oleh SAYS, Muhammad Azlan Kamaruzaman, seorang BeyTRAINER bertauliah, mengatakan perkara ini menggabungkan keseronokan dan pendidikan.

"Antara cabaran memperkenalkan Beyblade adalah membuatkan orang faham bahawa mainan yang berpusing ini bukan sekadar permainan sahaja. Generasi ke-empat Beyblade ini telah memperkenalkan sistem Extreme Rail, yang mengajarkan untuk mengatur strategi di samping pemahaman yang baik mengenai Beyblade," katanya.

SAYS.com
Image via SAYS

"Apabila diperkenalkan ke sekolah, kita boleh mengajar mereka dari segi fizik mengenai posisi Beyblade seperti momentum sudut, cara melancarkan, geseran dan kehilangan tenaga (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik). Semua perkara disebalik ini dapat diterapkan pada fasa awal," tambahnya lagi.

Sukan ini juga mengajar pelajar-pelajar untuk mempunyai etika kesukanan yang baik sama seperti sukan-sukan lain terutamanya cara mengawal emosi ketika pertandingan berlangsung.

SAYS.com
Image via SAYS

Evolusi sukan ini telah menjadi salah satu sorotan terbaik ketika Beyblade X Malaysia Symposium yang memberikan platform buat guru dan jurulatih untuk mengetahui pengurusan program, peraturan pertandingan dan cara-cara berlatih yang seiring dengan pendidikan negara. Selepas ini, sekolah menengah pula bakal menjadi fokus.

SAYS.com
Image via teamrevoxmy / Instagram

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: