Tiga Saintis Muda Wakil Malaysia Ke Lindau Nobel Laureate Meeting Di Jerman

Mereka akan menyertai 600 saintis lain bersama 70 Nobel Laureate dari serata dunia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akademi Sains Malaysia & NSTDA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga saintis muda dari Malaysia terpilih untuk mewakili negara ke acara Lindau Nobel Laureate Meeting ke-75 yang akan diadakan di Lindau, Jerman

Diumumkan oleh Akademi Sains Malaysia, ketiga-tiga penyelidik terhebat ini akan mewakili Malaysia ke forum saintifik antarabangsa paling berprestij.

Wakil-wakil ke Lindau, Jerman :
Dr Nur Liyana Mohammed Yusof, 34, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Dr Pershaanaa K Manogran, 29, dari Universiti Malaya (UM), dan
Dr Ruth Naomi Manuel, 31, yang juga dari Universiti Malaya (UM).

SAYS.com

Dari kiri, Dr Pershaanaa K Manogran, Dr Nur Liyana Mohammed Yusof, dan Dr Ruth Naomi Manuel.

Image via Akademi Sains Malaysia / Facebook

Dianjurkan setiap tahun Lindau Nobel Laureate Meeting kali ini akan membawa lebih kurang 600 saintis muda hebat termasuk pelajar sarjana muda, sarjana, PhD termasuk penyelidik pascadoktoral (postdoctoral researchers).

Edisi ke-75 ini turut menjemput 70 Pemenang Nobel terdahulu

Perhimpunan Nobel ini selalunya menyajikan dunia dalam pelbagai disiplin kajian seperti Fizik, Kimia dan Fisiologi/Perubatan. Tahun ini Nobel menggunakan tema Resilience (Ketahanan), Information (Informasi), Integrity (Integriti), and Life (Kehidupan) bagi menunjukkan refleksi cabaran saintifik masa kini dalam pelbagai bidang.

SAYS.com

Lindau Nobel Laureate Meeting ke-74 memberi fokus kepada Kimia

Image via Wikipedia

Memperkenalkan wakil-wakil dari Malaysia

SAYS.com

Dr Nur Liyana Mohammed Yusof, 34, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Image via Akademi Sains Malaysia

Nur Liyana ialah seorang pensyarah dari Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau memberi fokus kepada kajian melindungi jantung setelah serangan jantung untuk mencari rawatan baru bagi pemulihan pesakit.

SAYS.com

Dr Pershaanaa K Manogran, 29, dari Universiti Malaya (UM)

Image via Akademi Sains Malaysia

Pershaanaa ialah seorang penyelidik pascadoktoral dari Jabatan Fizik Unversiti Malaya. Beliau adalah pakar dalam penggunaan bahan untuk penyimpanan tenaga bagi masa hadapan. Kajian beliau adalah untuk mencipta bahan dan siste untuk menangkap, menyimpan dan melepaskan tenaga dengan lebih efisyen.

SAYS.com

Dr Ruth Naomi Manuel, 31, dari Universiti Malaya (UM)

Image via Akademi Sains Malaysia

Ruth rakan seperjuangan pascadoktoral dari Institut Marin dan Sains Bumi Universiti Malaya. Kajian beliau menengahkan obesiti, kesihatan usus, dan faktor persekitaran yang mempengaruhi otak, kognisi dan tingkah laku.

Menurut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Datuk Chang Lih Kang, penyertaan ke Lindau Nobel Laureate Meeting adalah refleksi komitmen negara untuk memupuk bakat yang bersedia untuk masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: