Tular Kelibat ‘Lembaga Hitam’ Atas Bumbung Kereta – ‘Dengan Rambut Gerbang’
Kelibat atau hanya benda ditutup kain hitam?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakaman video menunjukkan kelibat menyerupai lembaga hitam tular di media sosial baru-baru ini
Kejadian itu berlaku ketika hujan renyai pada waktu Maghrib di Lebuh Raya Senai-Desaru di mana netizen menyampaikan rasa seram apakah benda sebenar yang dirakam itu.
Video ini telah dimuat naik oleh @hasrain di Threads yang menunjukkan kereta SUV berwarna putih yang dipandu di belakang keretanya.
Tetapi di atas kereta tersebut terdapat satu lembaga hitam seakan-akan menyerupai manusia berada betul-betul di atas bumbung kereta tersebut.
"Maghrib di highway senai desaru. Ape tu hujan-hujan ni?," katanya di Threads.

Ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya entiti berkenaan
Melihat di ruangan komen, ramai merasakan mereka meremang melihat video tersebut, tetapi tertanya-tanya lembaga hitam apakah itu.
"Ummu sibyan Tu.. time mahgrib plak tu mmg time2 die.. mcm tak logik kalau anak yg dok kuar kepala time ujan2 walaupn renyai je.. sbg mak bapak walau ujan renyai pn takkan senang2 NAK BAGI anak keluar kt sunroof lagi2 tengah maghrib.. mcm talogik," kata seorang wanita di Threads.
"Ni ke punca2 orang dok beam kita ehh la takutnyaaa"
"Tak mungkin orang. Dengan gelapbya. Dengan lembiknya. Dengan rambut mengerbang2nya."
"Lebuh Raya Senai-Desaru memang keras. Member dulu kena lebih kurang macam ini lah. Dia pandu malam, kereta perlahan walau dah tekan mintak. Bila tengok cermin belakang, nampak ada kaki tergantung duduk dari bumbung belakang," komen AmrulSfy di Threads.

Ada yang berpendapat mungkin hanya kereta Street View Google
Ada seorang netizen dengan nama @fikrizainalabiddin mengatakan itu hanya kereta Street View Google. Waktu itu hujan dan hanya ditutup menggunakan kain.
"Dah jangan merepek.. tu kereta Google nk amik Street view je.. hujan tutup pakai kain nk jaga camera tu.. skrg Google pon dh lama bertapak kat Malaysia.. division Map pon pakai local car dah..@google please explain this to my people.. they tought it was ghost sitting on top of the roof" katanya di Threads.


Hanya pemilik kereta SUV putih itu sahaja yang tahu apa yang ada di atas keretanya. Jika itu adalah kereta Google Street, betullah itu hanyalah kamera Street View yang ditutup menggunakan kain hitam.
Ramai netizen masih menunggu pemilik kenderaan di belakang untuk menjawab persoalan ini. Jika bukan, banyak lagi persoalan lain bakal menyusul nanti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via