UPM Bangunkan Kereta Lumba Putra 2, Bakal Wakili Malaysia Ke Litar Jepun

Dibangunkan oleh 73 orang pelajar dengan 10 sokongan penasihat akademik dan lima staf UPM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KOSMO & UPM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membangunkan sebuah kereta lumba adalah bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai

Buat pengendali kereta lumba berkuasa tinggi, pemandu perlu mempunyai kekuatan metal dan fizikal termasuk keserasian dengan kenderaan yang dipandu.

Kereta lumba yang digelar PUTRA 2 ini dibangunkan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang oleh 73 orang pelajar dengan sokongan 10 penasihat termasuk lima staf teknikal UPM.

Menurut laporan daripada Kosmo, kereta lumba Formula SAE ini telah mengambil masa 13 bulan untuk disiapkan sepenuhnya bermula dari proses reka bentuk,simulasi, fabrikasi, pemasangan dan pengujian kenderaan.

SAYS.com
Image via KOSMO

Kenderaan Formula SAE bakal dibawa ke pentas global di Jepun

Dibina sepenuhnya oleh bakat-bakat tempatan, PUTRA 2 akan dibawa sebagai wakil Malaysia untuk ke acara berprestij 24th Student Formula Japan 2026 yang akan berlangsung di Aichi Sky Expo, Jepun pada 2 hingga 7 Ogos ini.

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Pro. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, mengatakan pembangunan PUTRA 2 menunjukkan bagaimana universiti memainkan peranan penting sebagai platform pembangunan bakat dan inovasi yang memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar.

SAYS.com
Image via KOSMO

"Di UPM, kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik tetapi menerusi keupayaan pelajar menghasilkan penyelesaian sebenar yang memberi nilai kepada industri dan masyarakat.

"PUTRA 2 membuktikan bahawa pelajar kita bukan sekadar mempelajari kejuruteraan, malah membina teknologi dan mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa,"
katanya.

UPM sudah empat kali terlibat di dalam program ini dan telah banyak menyaksikan teknologi dan keupayaan kenderaan yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

Menurut Kapten PMT, Aliman Zafran yang hanya berusia 23 tahun, PUTRA 2 merupakan lonjakan terbesar yang pernah dilakukan.

SAYS.com
Image via KOSMO

Pasukannya telah membuat beberapa penyelesaian canggih seperti Sistem Pemerolehan Data (DAQ), pakej aerodinamik dan menggunakan sistem suspensi jenis push-rod.

Buat pemandu, Muhammad Fadhlin, dia mengatakan naik taraf dari segi reka bentuk mekanikal beserta aspek kestabilan berbanding model PUTRA 1 memberikan impak kawalan pemanduan yang jauh lebih responsif, stabil dan baik.

PMT kini dalam bersediaan untuk mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa di acara 24th Student Formula Japan 2026 untuk bertanding dengan pasukan universiti lain dari serata Asia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: