USM & UKM Kini Tersenarai Dalam Kelompok Tujuh Universiti Terbaik Dunia

USM dan UKM tersenarai menerusi Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua universiti awam negara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia

Kedua-dua universiti ini tersenarai menerusi Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.

Mengikut laporan dari Harian Metro, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengatakan USM kini di kedudukan kelima dunia dan UKM berada di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti yang telah dinilai berdasarkan sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

USM mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat sekali gus menunjukkan keupayaan universiti Malaysia meneraju kerjasama strategik di peringkat global.

SAYS.com
Image via USM

Pencapaian ini bukti universiti-universiti Malaysia mampu membawa impak besar kepada pembangunan masyarakat

"Pencapaian ini membuktikan bahawa universiti-universiti Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat serta agenda kemampanan dunia," katanya.

Dr Zambry turut merakamkan ucapan tahniah untuk kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, staf dan pelajar atas kejayaan kedua-dua universiti tersebut.

SAYS.com
Image via UKM

"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia," tambah beliau.

Baru-baru ini Universiti Malaya (UM) juga berjaya naik ke tangga ke-56 QS World University Rankings 2027.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: