Video Cuci Taman Permainan Secara Percuma Raih Perhatian & Pujian Ramai

Kena ada ramai lagi orang tolong buat macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ananums (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taman permainan adalah salah satu tempat kegemaran kanak-kanak yang mudah untuk menggembirakan mereka

Sering diabaikan, taman permainan selalunya kotor atau rosak, ditelan dek zaman dan cuaca.

Hal ini menjadikan tempat tersebut rosak dan selalunya kotor sehingga boleh menjadi berbahaya kepada kanak-kanak yang bermain.

Dikongsikan oleh @ananums di Threads, berkongsi video mencuci taman permainan secara percuma nyata meraih pujian orang ramai.

"Wahhh saya tertarik. Mantap," ujar @ananums.

SAYS.com
Image via @ananums (Threads)

Ramai netizen puji dengan tindakan ini

Walaupun mereka mahu mempromosikan produk cucian di dalam video tersebut, tetapi tindakan mencuci taman permainan untuk kesejahteraan orang ramai sangat dipuji.

"Duit dapat, pahala pun dapat. Saya suka"

"Terbaik content dapat duit, dapat pahala, semoga terus maju berjaya ya"

SAYS.com
Image via @ananums (Threads)

Ada yang mengatakan inilah sebab mereka cari rumah yang kawasannya strata supaya dapat menjaga kemudahan sebegini dari dibiarkan terbengkalai atau kotor.

"Ini lah antara sebab cari rumah yang kawasannya strata. Bayar bulan-bulan yuran penyelenggaraan pun tak apa. Janji persekitaran terjaga. Tak ada ubah suai rumah sampai depan jalan, lepas tu tak ada tempat nak parking kereta." kata @xdzxmshxh di Threads.

SAYS.com
Image via @ananums (Threads)

Lebih menarik, ada yang suka melihat video-video mencuci sesuatu yang kotor kerana menenangkan hati.

"Aku tengok orang cuci gelongsor ni pun dah macam satu terapi. Siap tgk ulang-ulang"

"Puasnya hati tengok orang bersihkan taman permainan"

"Ralit, kita tengok sampai habis"

SAYS.com
Image via @ananums (Threads)

Kesedaran orang ramai untuk menjaga kemudahan dan fasiliti awam masih lagi rendah di Malaysia. Tetapi sudah semakin ramai orang sedar menjaga kesejahteraan orang ramai dapat menunjukkan sikap yang lebih baik bukan sahaja untuk komuniti tetapi kepada orang luar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: