Video Lumba Lari Dalam Masjid Dengan Pak Imam, Mencuit Hati Netizen – “Kat Mana Nak Daftar?”
Mengimarahkan lagi masjid-masjid di Malaysia.
Cover image via @tomfitree / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular satu video perkongsian menunjukkan beberapa kanak-kanak dan ahli jawatan kuasa masjid sedang bermain lumba lari di dalam masjid.
Lebih mencuit hati mereka menggunakan garisan saf sebagai garisan untuk berlumba lari dari satu hujung masjid ke satu hujung yang lain.
Bukan kanak-kanak sahaja yang seronok, tetapi Imam pun turut serta memeriahkan suasana masjid. Gelagat anak-anak bersama-sama AJK Masjid menggunakan masa untuk mendekatkan hati ke masjid mendapat pujian ramai.

Rata-rata netizen mahu sertai acara balapan yang menyeronokkan itu
Dikongsikan oleh eizarazali dan muat naik oleh tomfitree di Threads, ramai berkata mereka seronok melihat masjid-masjid yang sentiasa memberi peluang untuk kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri.
"Saya tak setuju bila masjid dijadikan tempat larian begini. Saf tu memang nampak macam balapan. Saya tak setuju bila tok imam, bilal & siak yang sepatutnya mewakili bapa-bapa kalah dalam pertandingan ini. Ini perkara memalukan kaum bapa. Okay bila next tournament?," kata @tomfitree di Threads.
"Apa ni dok lari2 dlm masjid?? Ishhh2 btw kt mna nk register next tournament ni?"

"Apelah main lari2 dalam masjid…perhatian AJK masjid…jangan buat lagi perkara sebegini ya kalau tak ajak kita skali..bagus pihak masjid, buatkan anak2 muda dekat dengan masjid."
Ada juga yang memuji tindakan AJK masjid untuk mendekatkan anak-anak muda ke masjid.
"Aku memang tak setuju hal-hal macam ni … Yang imam pun satu tau nak lari pakai seluar, kang terlucut kain naya kena viral… Syabas ajk masjid cuba mendekatkan anak² muda ke masjid.. saya cadangkan supaya pihak masjid adakan aktiviti di kawasan masjid utk anak² muda seperti pertandingan azan, kem solat, motivasi atau sukaneka… Semoga anak² muda membesar dan sentiasa ke masjid."
"Kalau masjid yang ada perkarangan atau parkir luas, bolehlah buat aktiviti sedemikian. Tapi kalau takde, terpaksa guna ruang solat. Insyaallah, adalah rezeki peruntukan dan infaq menggantikan karpet bila sampai masa. Kalau tegas sangat, masjid tak dekat dihati anak muda. Tahniah untuk qariah masjid."

Ada juga netizen yang berpesan walaupun perkara ini tidaklah mengganggu jemaah yang lain, tetapi jika dikuatiti kanak-kanak itu mengganggu jemaah lain sebaiknya mereka tidak bermain di kawasan karpet tempat orang bersembahyang dan bermain di kawasan perkarangan masjid.
Masjid boleh menyediakan tempat yang lebih kondusif untuk bermain
Terdapat juga masjid yang sudah mula menyediakan taman permainan mini buat kanak-kanak supaya mereka tindak mengganggu jemaah lain terutamanya ketika bulan Ramadan ketika solat terawih.

Maklumat lanjut mengenai hukum untuk Masjid dan kanak-kanak boleh dibaca di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
Video penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


