Wanita Kongsi Pengalaman Perbezaan Realiti Sebenar Sejak Menetap Di Negara Eropah

Difahamkan, wanita itu telah berkahwin dengan seorang warga Belgium dan menetap di sana.

Cover ImageCover image via Expedia & Bookmundi

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menetap di negara asing yang baru sudah semestinya akan memberikan anda satu pengalaman baharu

Baru-baru ini seorang wanita bernama Farzanah di Threads telah meluahkan perbezaan dia menetap di Belgium yang sangat berbeza dengan kehidupannya di Malaysia.

"Aku la kan semenjak duduk Europe ni sumpah cakap sini macam dunia lain. Tersangatlah ketinggalan zaman," katanya di Threads.

Tanpa disangka ciapan yang dibuat di Threads itu telah mendapat perhatian netizen yang juga mempunyai pengalaman sama tinggal di Eropah.

Difahamkan, Farzanah berkahwin dengan seorang warga Belgium. Malah keluarga suaminya sendiri mengatakan perkara yang sama.

"Siap suruh kami simpan duit pindah Malaysia dan beranak-pinak di sana untuk kebaikan," katanya lagi.

Image via @farz_nazim (Threads)

Netizen meluahkan pengalaman mereka dengan segelintir warga Eropah

Ramai rakyat Malaysia yang pernah menetap di luar negara atau berinteraksi dengan orang negara Eropah meluahkan pengalaman mereka di Threads.

Beberapa netizen mengatakan orang-orang negara Eropah biasanya suka kehidupan tanpa tergesa-gesa dengan gaya hidup berlatarbelakangkan alam semula jadi. Tiada tekanan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Moon Travel Guide

"Setuju sis, saya duduk Australia pun rasa macam tu. Suami saya orang Australia pun rasa sama. Balik-balik dia ajak balik Malaysia tinggal sana. Yang saya suka Australia ni cuaca, peraturan jalan raya yang tenang. Yang lain Malaysia lebih baik," kata @hollowivyyyyyy_.

"Negara Eropah kebanyakannya memang laa begitu. Mereka sengaja sebab mak menjaga tradisi dan kelestarian, tambah lagi boleh nikmati gaya hidup tenang melatarbelakangkan alam semula jadi tak ada stress-stress kejar itu ini. Kalau nak first world high tech itu China (futiristik)," kata @cofepartisan.

"Sebab mereka terlalu lama tinggal di dalam pemikiran gelembung mereka sendiri. Merasakan mereka terlalu di hadapan dunia. Jadi mengapa mereka perlu adaptasi kepada dunia, dunia patut adaptasi kepada mereka. Mentaliti atasan. Kejap nak cari tiket kapal terbang bercuti kat sana sekejap," kata @rosnefaizal.

Ada juga yang masih berfikiran tidak terbuka dan hanya tinggal di Eropah tanpa keluar daripada negara mereka.

Kemudahan perbankan dan pembayaran atas talian yang sangat mudah tetapi sukar di Eropah

Antara yang paling mengejutkan orang ramai adalah ketiadaan kemudahan perbankan atas talian dan bayaran terus melalui QR. Satu perkara biasa yang terus diterapkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Soya Cincau

"Kita bayar pakai phone je. Diorang masih guna tunai. Semua benda boleh disiap atas talian, tetapi mereka kena tunggu pejabat buka. Saya pernah ingat memberitahu juruwang tidak perlukan beg plastik. Saya ada beg plastik guna semual dari keychain. Mereka terkejut. Jadi saya cakap saya datang dari bandar yang haramkan penggunaan beg plastik. Terpegun mereka. Catch up with the world la weii. Kita dok berkempen selamatkan Bumi. Haiyooo!," kata @tashaleow.

"Mereka tak guna bayaran QR macam kita sini kan? Setelah berinteraksi dengan mereka buat saya sedar mereka sangat dibelakang dari segi kemajuan teknologi. Pernah sekali ada seorang beritahu dia naik pangkat untuk projek baharu. Tetapi kita sudah lama menggunakan mekanisme projek itu sejak tahun 2021 lagi," kata @farahaqila59.

"Buka akaun bank masih lagi guna buku cek"

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Modern Diplomacy

Tetapi semua perkara ini terpakai untuk segelintir warga Eropah, ada yang sudah sedar dunia sebenarnya lebih luas dari disangka.

Farzanah sendiri menegaskan dia bukan mahu merendah-rendahkan orang dari sana dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan hanya berkongsi pengalaman.

"Okey, untuk lebih adil, Saya tak maksudkan seni bina. Kebanyakkannya cara berfikir, budaya, pendedahan, pengetahuan am, teknologi, kapitalisme dan perkauman. Saya dan suami dua-dua bekerja dalam bidang kimia, perubatan & fesyen. Kena bersosial dengan mereka hampir setiap hari," katanya.

Ramai bersetuju kita tidak akan terlepas daripada membuat perbandingan di antara dua negara jika tinggal jauh dari tempat membesar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: