Zoo Di China Tawar Gaji RM61,000 Setahun Untuk Pakai Kostum Beruang Di Hadapan Pengunjung

Kalau penat boleh berehat tapi masih kena jadi beruang.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zoo di kawasan tengah China baru-baru ini viral dengan konsep membawa haiwan 'sebenar' bersama pengunjung

Luohe Wildlife Zoo telah mengeluarkan satu iklan pencarian kerja untuk orang menjadi beruang hitam di zoo mereka. Gaji yang akan dibayar juga boleh dikatakan lumayan dengan gaji 100,000 yuan (RM61,000) setahun.

Tugasan orang itu adalah hanya memakai kostum beruang hitam untuk berinteraksi dengan pengunjung di seluruh zoo.

Menurut mereka, beruang hitam adalah antara tarikan paling popular di zoo tersebut.

SAYS.com
Image via Baidu

Calon perlu berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan untuk kerja selama enam jam

Menurut laporan dari Jiupai News, pekerja berkenaan tidak boleh bercakap langsung dan hanya boleh membuat bunyi dengkur lembut seperti kucing atau menerima air daripada pengunjung.

Syarat diambil bekerja juga memerlukan seseorang yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan kerana kerja secara shift selama enam jam sehari serta cuti empat hari sebulan.

SAYS.com
Image via Zsbtv

"Ini adalah posisi paling tenang dalam zon kami. Jika anda penat anda boleh berbaring dan berehat," seperti yang ditulis di iklan.

"Jika anda mahu lebih aktif, anda boleh melompat, menari, memanjat pokok atau menangkap ikan. Buat sahaja apa yang anda rasa selesa," tambahnya lagi.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Iklan tersebut juga mahu pekerja beruang ini mempunyai perangai yang seunik mungkin supaya menjadi lebih popular.

Tetapi netizen di China merasakan perkara ini adalah konsep yang kreatif, tetapi mereka risau jika kostum beruang ini membuatkan kanak-kanak tidak takut dengan haiwan liar.

Menurut pihak zoo, posisi ini telah dimohon oleh lebih 100 orang dan sangat teruja dengan orang muda yang mahu meningkatkan hasil dapatan zoo berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: