seismik

Betul Ke Halal? Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang bekal by foodpanda!

Kalau was-was, cuba baca ini sampai habis.

Cover image via foodpanda

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh foodpanda.

Dalam diam, rupa-rupanya masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang servis bekal by foodpanda

Banyak betul persoalan yang diutarakan tentang status bekal by foodpanda antaranya;

bekal by foodpanda tu, halal tak?

Semua restoran dalam tu, halal tak?

Penunggang dapat latihan pengendalian makanan halal tak?

Beg yang digunakan, halal tak?

Iyalah, sebagai seorang muslim mencari makanan yang halal adalah satu kewajipan, ini termasuk sumber makanan, proses penyediaan dan penghantaran.

Oleh itu, admin nak kongsi fakta menarik dan sahih mengenai bekal by foodpanda bagi menjawab segala persoalan anda.

1. “bekal by foodpanda” (disahkan halal oleh JAKIM)

Image via foodpanda

Telah menerima pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bekal by foodpanda merupakan platform penghantaran makanan yang telah diperakui halal khusus di Malaysia.

Menjanjikan penghantaran standard yang disahkan halal dari restoran, ke rider hinggalah ke pintu anda, perkhidmatan ini diperkenalkan bagi menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan terutamanya yang beragama Islam.

2. Penunggang perlu patuhi prosedur pengendalian standard yang ditetapkan!

Selain itu, penunggang bekal by foodpanda perlu mematuhi prosedur pengendalian standard dimana mereka hanya dibenarkan membawa dan menghantar makanan daripada restoran yang mempunyai sijil halal.

Mereka juga dikehendaki mematuhi keperluan kebersihan & keselamatan makanan yang telah ditetapkan termasuklah mengenakan pakaian seragam dan beg khas untuk makanan halal sahaja mengikut panduan yang disediakan.

Kalau anda nak tahu, penunggang bekal by foodpanda turut menerima latihan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Image via foodpanda

Mudah je anda nak kenal penunggang bekal by foodpanda, mereka mengenakan pakaian seragam baju kuning-merah jambu dan membawa beg penunggang berwarna kuning terang di atas motosikal.

3. Pesan makanan dari bekal by foodpanda, gerenti halal!

Memiliki lebih daripada 7,000 pilihan restoran makanan halal, buat pesanan anda tanpa rasa was-was melalui bekal by foodpanda.

Masukkan kod promo-BEKAL untuk menikmati diskaun RM6 bagi pesanan yang berjumlah RM40 dan ke atas.

*Tersedia untuk restoran halal sahaja
** Kod tersedia bermula dari jam 3 petang hingga 11.50 malam

Muat turun aplikasi foodpanda, klik pada bahagian penghantaran kemudian, tap pada banner bekal by foodpanda dan buat pesanan anda untuk mencari sumber makanan yang halalan toyyiban!

Image via foodpanda

Layari aplikasi foodpanda dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bekal by foodpanda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik