seismik

Betul Ke Tepung Gandum Boleh Kurangkan Sakit Dan Elak Kesan Melecur?

Betul ke cara kita selama ni?

Cover image via SAYS

Pernah viral satu ketika dulu tentang kegunaan tepung gandum dalam membantu mengurangkan kesakitan akibat melecur terkena minyak panas ataupun air panas

Perkongsian daripada seorang suri rumah yang menceritakan pengalamannya terkena minyak panas dan menggunakan tepung gandum untuk mengurangkan kesakitan serta kesan lecur telah dikongsi lebih 55 ribu netizen terutamanya golongan suri rumah.

Ramai juga netizen yang turut berkongsi pengalaman mengunakan tepung gandum serta keberkesanannya dalam mengurangkan rasa sakit serta kesan lecur. Antara netizen yang berkongsi pengalaman beliau ialah Wan Izar.

Actually aku dah tak ingat exactly bagaimana cara menggunakan tepung yang aku baca tu... Tapi apa yang aku buat sebaik saja terkena minyak panas tadi:

1. Tarik nafas, bertenang. Jangan basuh bahagian yang terkena minyak panas tadi dengan apa jenis air pun walaupun tengah pedih dan pijar gila masa tu.

2. Cari tepung gandum, celupkan bahagian yang terkena minyak panas dalam tepung tersebut sepenuhnya. Biar dalam 5-10 saat dalam tepung tu.

3. Keluarkan bahagian tersebut daripada tepung tadi, tapi pastikan tepung masih menempel macam tepung gomak di bahagian yang tercedera tadi.

4. Biarkan sampai hilang rasa pijar atau pedih. Kena tahan segala kepedihan yang ada masa ni. Jangan basuh tepung di bahagian tercedera tadi. Elakkan unsur-unsur cecair sampai ke bahagian tersebut dalam tempoh ini.

5. Dah hilang pedih dan pijar, bolehlah dibersihkan dengan air dan terus lap dengan kain bersih. Nak sapu minyak gamat pun dah boleh masa ni.

6. Tadaaa! Dah tak sakit dan tiada kesan parut. Yeay!!


Aku share pengalaman menggunakan petua ni sebab ia dah berkesan padaku. Semoga berkesan pada anda jua bila tiba masa-masa kecederaan yang tidak diingini seperti ini berlaku pada anda dan sesiapa yang terdekat dengan anda.

Namun, benarkah tepung gandum ini boleh digunakan untuk situasi sedemikian? Bagaimana pula dengan penggunaan marjerin, ubat gigi dan juga ais?

Menurut seorang doktor, Dr. Suhazeli Abdullah, menerusi satu post yang ditulis oleh beliau di Facebook 'Medical MythBusters Malaysia' bertarikh 1 Oktober 2016, penggunaan tepung gandum dalam mengurangkan kesan melecur adalah sesuatu yang tidak tepat serta disangkal oleh beliau.


"Kaedah ini bercanggahan dengan prinsip asas merawat luka terbakar atau terkena air panas. Kajian mendapati kaedah menggunakan mentega, kicap, ubat gigi, tepung gandum, sos, bawang dan seumpamanya tidak memberi kesan penyembuhan atau mengurangkan kesakitan."

Menurut beliau, kaedah terbaik apabila mengalami luka terbakar ataupun air panas adalah seperti berikut:

1. Lari ke tempat yang lebih selamat.

2. Dapatkan bantuan kecemasan jika luka yang teruk.

3. Sementara itu, kaedah asas bagi mengurangkan keterukan luka dengan menyiram kawasan luka tersebut dengan aliran air sejuk atau air paip biasa. Sekurang-kurangnya 20 minit. Boleh juga menggunakan kain basah yang bersih bagi menutupi kawasan luka. Ais tidak digalakkan kerana ia tidak membantu proses penyembuhan. Kemudian balut kawasan luka dengan pembalut yang bersih. Tunggu bantuan dari pihak yang mahir.

4. Jangan sesekali menyapu bahan lain seperti yang dinyatakan di atas.

5. Jangan pecahkan gelembung lepuh tersebut kerana kajian menunjukkan bahawa risiko jangkitan kuman makin cepat.

6. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol bagi kurangkan kesakitan.

Image via wiseGEEK

Bukan itu sahaja, dalam post Dr. Suhazeli itu turut disertakan sumber rujukan berkaitan cara sebenar merawat luka melecur

Anda boleh rujuk kedua-dua link di bawah sebagai panduan dan rujukan yang lebih jelas serta tepat:
Tepung Gandum Sebagai Rawatan Melecur
Cara Rawatan Melecur

Jadi, anda dah tahukan cara terbaik untuk merawat luka melecur?

Biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa. Apa-apa pun, sentiasalah berhati-hati apabila mengendalikan peralatan yang panas, tajam serta berbahaya terutamanya di dapur.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi info menarik untuk anda:

More stories to read: