Bioré × Stray Kids Roadshow Gegar TRX Mall, Tawar Barangan Eksklusif SKZOO & Hadiah Menarik

Bertempat di Aras Concourse di hadapan cawangan Watsons TRX Mall dari 2 hingga 8 November 2026.

Cover ImageCover image via Bioré Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita gembira buat peminat K-pop dan penjagaan kulit apabila siri jelajah eksklusif Bioré × Stray Kids Roadshow kini sedang berlangsung dengan meriah di The Exchange TRX Mall, dibawakan khas menerusi kerjasama bersama Watsons

Acara yang bermula dari 2 hingga 8 November 2026 ini bertempat di Aras Concourse, betul-betul di hadapan cawangan Watsons TRX Mall.

Para pengunjung berpeluang meneroka pelbagai rangkaian produk penjagaan diri Bioré di samping menyertai pelbagai aktiviti interaktif menarik sepanjang minggu ini.

SAYS.com
Image via Bioré Malaysia

Bagi memeriahkan suasana, pengunjung yang berjaya melengkapkan tiga stesen aktiviti interaktif yang disediakan layak membawa pulang sampel percuma Bioré UV.

Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati rebat tunai segera sebanyak RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50 untuk mana-mana produk Bioré terpilih.

Tawaran pembelian dan penebusan hadiah eksklusif sementara stok masih ada

SAYS.com
Image via Bioré Malaysia
  • Belanja Minimum RM50:
    • Percuma satu beg solek (makeup bag).
    • Percuma satu barangan cenderamata edisi terhad SKZOO (terhad kepada 15 pelanggan terawal setiap hari).
  • Belanja Minimum RM85:
    • Percuma satu botol minuman (Bioré Tumbler) eksklusif.

ㅤ

Peminat Stray Kids dan pengguna setia Bioré dialu-alukan mengajak rakan serta keluarga hadir ke TRX Mall bagi menikmati tawaran terhad ini serta menunjukkan sokongan sebelum acara melabuhkan tirai pada 8 November ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS