Britain Anjurkan 'Festival Zakar' Pertama Khas Untuk Lelaki Zakar Kecil. Serius?
Ya, kalau anda rasa pelik, kami pun sama.
Musim bunga ini, Britain akan menjadi tuan rumah untuk 'Festival Zakar' pertamanya sebagai penghormatan kepada alat sulit lelaki
Acara ini ditujukan khas kepada para lelaki dengan saiz zakar yang kecil yang selama ini merasakan diri mereka ada "kekurangan sesuatu"
Walau bagaimanapun, ia tetap dibuka kepada orang ramai. Tetapi, bayaran penyertaan adalah lebih mahal bagi lelaki dengan saiz zakar yang lebih panjang.
Kemasukan ke acara ini akan dikenakan bayaran sebanyak £0.50 per inci. Lelaki dengan panjang zakar antara lima hingga enam inci hanya perlu membayar £3 atau kurang untuk masuk ke dalam parti tersebut.
Menariknya, lelaki akan diminta untuk mendedahkan saiz zakar mereka sebelum masuk ke acara itu, dan ia mungkin akan berakhir dengan mereka menghabiskan duit lebih kerana mempunyai zakar yang panjang.
Bagi menambah "perisa" kepada acara berkenaan, golongan wanita turut sama dijemput hadir, dan mereka juga perlu membuat bayaran sebelum masuk. Tapi bagaimana?
Untuk kaum wanita, bayaran yang sama akan dikenakan iaitu £0.50 per inci. Tetapi mereka perlu memberitahu saiz idaman mereka, sekiranya mereka mempunyai zakar. Lebih panjang dan besar mereka mahukan, lebih mahal bayaran.
'Festival Zakar' ini dilancarkan oleh seorang penyair bernama Ant Smith, yang baru-baru ini telah menulis sebuah sajak bertajuk Shorty mengenai zakarnya sendiri
Sedikit petikan yang diambil daripada sajak Shorty:
I have a tiny c^ck
Like a crooked little finger
Everybody else’s d^ck
Is inevitably bigger
Komen Ant Smith mengenai keputusannya menganjurkan 'Festival Zakar':
"Sudah terlalu lama, lelaki yang mempunyai saiz zakar yang kecil merasakan diri mereka ada "kekurangan sesuatu". Inilah masanya untuk mereka berdiri dan berkata tidak ada salahnya untuk tidak mempunyai alat sulit yang besar."
"Akan ada pelawak, penyair bogel, ahli muzik dan 'rappers' yang bakal membuat persembahan pada majlis itu, dimana ianya terbuka kepada lelaki dan wanita."
"Kita semua telah terkesan dengan zakar yang kecil dalam hidup kita, kini tiba masanya untuk memberikan sesuatu kembali."
'Festival Zakar' ini akan diadakan pada 7 Mac 2015 bertempat di The Rhythm Factory di Whitechapel, Road, London