Buaya Gergasi 4.15 Meter, 400KG Berjaya Ditangkap Di Sungai Rajang
Difahamkan, mereka sudah menjejaki buaya berkenaan sejak September lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seekor buaya sepanjang 4.15 meter dengan berat lebih 400 kilogram berjaya ditangkap di Sungai Rajang berhampiran kawasan Stabau-Salim, Sibu, pagi semalam
Bagaimanapun, operasi memburu reptilia itu masih diteruskan selepas terdapat seekor lagi buaya yang dipercayai lebih besar masih berada di kawasan berkenaan.
Menurut laporan Sinar Harian, pemburu buaya berlesen, Jeffery Siew berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi oleh pasukannya yang terdiri daripada empat orang.
Difahamkan, mereka sudah menjejaki buaya berkenaan sejak September lalu sebelum berjaya menangkapnya menggunakan mata kail berumpan.
"Kami sudah memburu buaya ini sejak September dan akhirnya berjaya menangkapnya pagi tadi menggunakan mata kail berumpan. Bagaimanapun, operasi belum berakhir kerana kami masih menjejaki seekor lagi buaya yang dipercayai lebih besar," katanya.

Tangkapan itu dilakukan kurang 24 jam selepas pasukannya pulang daripada operasi memburu buaya selama beberapa hari di Sungai Batang Igan berhampiran Ulu Kampung Kebuaw, Igan
"Kami memang keletihan selepas pulang dari Igan semalam, tetapi nasib baik operasi hari ini hanya di Sibu," katanya.
Jeffery berkata, pasukannya sebelum ini turut menangkap seekor buaya sepanjang 4.76 meter di kawasan Stabau-Salim pada 14 September lalu.
Dalam operasi di Sungai Batang Igan yang bermula Sabtu lalu pula, pasukannya berjaya menangkap tiga ekor buaya berukuran antara 2.44 hingga 4.75 meter.
Seekor daripadanya yang ditangkap semalam berukuran 4.75 meter dan dianggarkan seberat kira-kira 500 kilogram.
Pasukan berkenaan turut menemukan sebuah sarang yang mengandungi kira-kira 40 biji telur buaya ketika menjalankan operasi di Igan.
Jeffery, yang memperoleh lesen memburu reptilia itu dua tahun lalu, setakat ini sudah berjaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via