Bukan RM60, Lelaki Ini Dakwa Jadi Petugas Keselamatan F1 Boleh Raih RM180 Sehari

Menurutnya, elaun tersebut diberikan kepada petugas keselamatan acara, bukannya sukarelawan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @naimdeanna (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengguna Threads tampil berkongsi peluang bekerja sebagai petugas keselamatan sempena perlumbaan Formula 1 Grand Prix (GP) Bahrain yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini

SAYS.com
Image via @naimdeanna (Threads)

Menerusi perkongsiannya, individu dikenali sebagai Naimdeanna berkata, mereka yang berminat boleh memperoleh elaun sehingga RM180 sehari, berbeza dengan tawaran sukarelawan yang sebelum ini menjadi bualan ramai.

"Bukan RM60, tetapi RM180 sehari ada yang sanggup?" katanya.

Menurutnya, elaun tersebut diberikan kepada petugas keselamatan acara, bukannya sukarelawan.

"Kalau tak nak volunter (sukarelawan) sehari RM60, mari ikut saya. Elaun sehari RM180 event security (petugas keselamatan acara). Lagi untung jaga kawasan paddock club (garaj pasukan) F1.

"Tujuh hari bekerja, dari hari Isnin sampai Ahad. Dari setup, training (latihan), sampai la hari event (perlumbaan). Yang penting berbaloi,"
katanya lagi.

Jaga kawasan paddock bukan semua orang mampu

Tambahnya lagi, bukan semua orang sesuai ditempatkan di kawasan paddock kerana hanya petugas yang benar-benar berpengalaman dan tahan lasak mampu menggalas tanggungjawab itu.

Namun, katanya, pengalaman bekerja di kawasan tersebut sangat berbaloi kerana berpeluang melihat sendiri pelumba Formula 1 dari jarak dekat.

"Pengalaman paling best dapat tengok pelumba depan mata dan siap pegang lagi dan bergambar lagi. Memang rare," katanya.

Kerja 12 jam sehari, makan dan penginapan disediakan

SAYS.com
Image via @naimdeanna (Threads)Image via

Walaupun ganjarannya menarik, Naimdeanna mengingatkan bahawa tugas sebagai petugas keselamatan bukanlah mudah kerana memerlukan komitmen tinggi sepanjang acara berlangsung.

Petugas perlu bekerja selama 12 jam mengikut syif siang atau malam, selain mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Komer semua sanggup ke kerja macam ni? Sehari 12jam. Ada syif siang 8 pagi sampai 8 malam dan syif malam 8 malam sampai 8 pagi.

"Makan sehari tiga kali dapat. Tempat tinggal disediakan duduk homestay (inap desa). Kerja 7 hari sahaja. Paling penting basic speaking english (boleh bertutur bahasa Inggeris).

"Pengalaman lima tahun event security untuk F1 dan MotoGP. Lagi best jaga kawasan area paddock club sahaja. Siap dapat baju topi free (percuma) lagi dari driver (pemandu) atau rider (penunggang). Yang penting kualiti kerja dulu,"
katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai kerana bukan sahaja menawarkan elaun yang lebih tinggi, malah memberi peluang kepada petugas merasai sendiri suasana di belakang tabir perlumbaan Formula 1 serta bertemu pelumba terkenal dari seluruh dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: