Bunga Api & Drone Show Sempena 60 Tahun Public Bank Pukau Orang Ramai – “Penuh Warna-Warni!”

Memang meriah betul bunga api dia, cantik!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda berada di sekitar KLCC malam tadi, mungkin tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ada pertunjukan bunga api menerangi langit Kuala Lumpur

Memandangkan bulan Ogos sinonim dengan sambutan Hari Kebangsaan, ramai yang menyangka persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada acara sempena Bulan Kebangsaan.

Rupa-rupanya pertunjukan bunga api itu sebenarnya dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan Public Bank menerusi sambutan bertemakan Celebrating The Day It All Began.

Menurut hantaran di Facebook, majlis berkenaan berlangsung pada 6 Ogos 2026, jam 8.30 malam di Menara Public Bank dan menjadi antara detik istimewa dalam perjalanan enam dekad institusi kewangan tersebut di Malaysia.

SAYS.com
Image via @sulaimanmdzahid (Threads)

Sepanjang 60 tahun, Public Bank telah berkembang sebagai antara pemain penting dalam sektor kewangan negara, selain terus memberikan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan

Sambutan itu turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta pemegang taruh yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Public Bank selama ini.

Menariknya, orang ramai di seluruh negara juga berpeluang menyaksikan kemeriahan sambutan tersebut apabila acara berkenaan disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi YouTube dan Facebook Public Bank.

SAYS.com
Image via @digimon_lfs (Threads)
SAYS.com
Image via @sulaimanmdzahid (Threads)

Dengan mengangkat slogan Bank for the People, Public Bank turut menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan kewangan yang berintegriti, dipercayai dan mesra rakyat.

Jadi, kalau ada yang terkejut tengok langit KLCC meriah dengan bunga api malam tadi, sekarang dah tahu sebabnya.

Lihat antara perkongsian orang awam di Threads:

View on Threads
View on Threads
View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: