seismik

Cabutan WOW! Simpan SSPN Tawar Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta, Syoknya Raya!

Gempaknya hadiah raya kali ini.

Cover image via PTPTN

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh PTPTN.

Dah nak raya ni best juga kalau dapat duit raya kan?

Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah.

Semua tu bukan angan-angan, tapi boleh jadi kenyataan tau! Bestnya, macam mana tu?

Macam yang kita tahu, setiap tahun PTPTN tak pernah menghampakan dengan kempen dan peraduan menarik bagi menghargai dan menggalakkan rakyat Malaysia memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, PTPTN kembali dengan Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya yang membolehkan korang memenangi hadiah tunai yang menarik. Fuyoo!

Cabutan WOW! Syoknya Raya tawar RM100,000 untuk 181 pemenang!

Image via PTPTN

Bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 ini, PTPTN akan mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang memberi peluang kepada 181 pemenang untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM100,000! Serius best!

Cita-cita miliki kereta mewah jadi realiti dengan Cabutan WOW! Tahunan!

Haa..yang lagi best, bukan hanya wang tunai lumayan, malah, PTPTN juga menawarkan kereta, dan motosikal dengan jumlah keseluruhan bernilai RM842,000 untuk dimenangi oleh 78 pemenang di bawah Cabutan WOW! Tahunan. Gila gempak!

Tempoh kempen: 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Image via PTPTN

RM500,000 menanti pemenang dalam Cabutan Siri WOW!

Image via PTPTN

Bukan itu sahaja, PTPTN juga membolehkan anda nikmati peluang untuk menang besar dengan jumlah wang tunai keseluruhan RM500,000 untuk dimenangi oleh 905 pemenang.

Betul-betul WOW!

Mesti anda tertanya-tanya apakah syarat kelayakan untuk menyertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 ini kan? Jom kami kongsikan kat bawah!

Syarat kelayakan:

Terbuka kepada pendeposit sedia ada dan baharu bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Pendeposit perlu memastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.

Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan.

Image via PTPTN

Jadi, apa tunggu lagi? Jom rebut peluang keemasan ini sambil menabung di Simpan SSPN. Simpan lebih, untuk peluang menang lebih tinggi!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda boleh layari laman web PTPTN atau muat turun aplikasi myPTPTN di sini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada PTPTN!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik