"Calon Isteri Tak Pandai Masak" - Reaksi Win Seorang Ibu Ini Akan Buatkan Anda Tersentap
Untuk bakal-bakal suami di luar sana, baca, fahami dan hadam perkara yang cuba disampaikan ini.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu anda titikberatkan. Terutamanya untuk mengetahui lebih dalam tentang calon yang bakal anda kahwini.
Mungkin calon yang bakal anda nikahi mempunyai banyak kekurangan dan kelebihan yang tidak seperti yang anda impikan. Namun, jika dia mempunyai cukup sifat seorang suami dan isteri yang selama ini anda cari dan saling mencintai, perkara itu boleh diketepikan dan belajar bersama-sama.
Salah satunya adalah jika calon isteri anda tidak tahu memasak.
Seorang pengguna Twitter iaitu @dalila165 telah berkongsi reaksi jawapan 'win' seorang emak tentang isu 'Calon isteri tidak pandai memasak' dan telah mendapat lebih 11k 'retweets'
Perkongsian tersebut juga sedikit sebanyak telah membuka mata setiap individu yang telah berkahwin mahupun yang masih dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga.
Baca penuh di bawah:
Apabila ditanya kenapa dia masih melakukan semua kerja-kerja tersebut jika ianya adalah tugas seorang suami, ini jawapannya...
Wanita tersebut menerangkan apa maksud sebenar di sebalik 'nafkah' yang sering disebut-sebut oleh orang ramai
"Selama ini lelaki salah faham dan sepatutnya berterima kasih kepada wanita kerana walaupun semua itu bukan tugas mereka, mereka masih melakukannya kerana ingin mendapatkan keredhaan suami."
Ketahuilah bahawa jodoh itu adalah daripada Allah SWT. Semoga pesanan di atas dapat mengubah persepsi setiap individu yang bakal berkahwin mahupun yang sudah berkahwin.
Sumber: Twitter @dalila165