seismik

CENDANA Anjur Program Pembiayaan Karya Kilat Untuk Sokong Sektor Seni M'sia. Syabas!

Program ini sememangnya adalah terbaik untuk menyokong sektor seni di Malaysia. Kudos, CENDANA!

Cover image via The Star Online & CENDANA/Facebook

CENDANA akan terus menyokong sektor seni dengan menganjurkan sebuah program bersama diperkenalkan bagi menyokong artis, kolektif dan organisasi seni Malaysia

Image via The Star

Sebuah program baru yang dikenali sebagai Program Pembiayaan Karya Kilat diharap dapat memupuk dan menyokong pembangunan artistik dan pembentangan idea-idea dalam cara imaginatif walaupun terdapat batasan fizikal terhadap sumber melalui geran tindak balas segera sehingga RM 1,500 bagi setiap artis/individu seni dan RM 3,500 bagi setiap kolektif/organisasi seni.

Ia memberi peluang bagi menyesuaikan penggiat seni meneroka cara baru untuk bekerja dan bereksperimen dengan bentuk atau idea baru.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sentiasa mengkaji polisi-polisi dan program-program yang dilaksanakan dalam menyokong pembangunan industri kreatif

Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Image via Malay Mail

Malah, kajian yang sama juga dilakukan ketika dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19 ini. Ia bagi memastikan peluang pekerjaan dan karya-karya kreatif dapat dihasilkan melalui pelbagai agensi di bawah KKMM seperti MyCreative Ventures Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Perbadanan Ekonomi Digital
Malaysia (MDEC). 

Dato’ Saifuddin Abdullah iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia
turut menjelaskan bahawa, "Covid-19 telah memberi kesan yang besar kepada semua, termasuklah sektor seni budaya. Semua perhimpunan awam, persembahan dan pameran telah dibatalkan atau ditangguhkan demi kepentingan kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Oleh itu, MyCreative Ventures dan anak syarikatnya, pasukan saya dan saya telah berkomunikasi dengan para penggiat seni budaya tempatan, untuk memahami keperluan mereka dalam berhadapan dengan pandemik ini.

"Saya berasa gembira kerana melalui pakej PRIHATIN Kerajaan dan pelancaran pelbagai program pembiayaan dan usaha-usaha dibawah MyCreative Ventures, CENDANA dan RIUH, kami berharap agar para artis, kolektif dan organisasi seni memperoleh masa untuk menstabilkan, membayangkan dan menyesuaikan dengan sewajarnya pasca PKP (MCO),” katanya.

Matlamat program ini adalah untuk memupuk dan menyokong perkembangan artistik dan pembentangan idea-idea yang imaginatif walaupun dihadapi dengan kekangan yang disebabkan oleh Covid-19

Image via AFO RADIO

Penggiat bidang seni persembahan, seni visual dan muzik independen dialu-alukan untuk memohon dengan syarat sebuah penghasilan akhir digital dikemukakan kepada CENDANA. 

Projek-projek pelbagai disiplin (interdisciplinary) juga digalakkan selagi tumpuan utama projek adalah mengikut bidang seni sepertimana yang tertera diatas. Tempoh projek adalah tidak melebihi lapan (8) minggu.

Program Pembiayaan Karya Kilat menyokong pembikinan:

• Idea yang mempunyai penghasilan akhir dalam bentuk digital yang boleh digunakan oleh CENDANA pada masa akan datang melalui platform digital kami dan untuk tujuan promosi (hak milik akan kekal dengan pencipta/pemohon/artis dan akan dikreditkan pada setiap masa).

• Idea yang boleh dibentangkan dengan pelbagai cara yang berbeza dan unik yang membolehkan penggiat seni berkarya dan berinteraksi dengan penonton tempatan dan antarabangsa sepanjang krisis pandemik Covid-19.

Contoh penghasilan akhir adalah seperti dan tidak terhad kepada penceritaan melalui video, podcast, fail audio, video siaran langsung Facebook atau Instagram (dimana ianya boleh disimpan), kandungan video, penstriman, atau lain-lain bentuk digital di mana-mana platform digital yang berkaitan.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan butiran lanjut di www.cendana.com.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: