"Dia Dah Bantu Beribu Asnaf" - Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat
Bukan itu sahaja, Faisal Rahim turut memuji sikap Aliff Syukri yang telah mula membayar zakat harta semenjak usianya masih belasan tahun.
Pasti ramai yang mengenali usahawan kosmetik terkenal tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman
Sama ada dirinya diminati ataupun tidak, namanya tetap menjadi sebutan orang ramai.
Ternyata usahawan kosmetik yang terkenal dengan tagline 'terlajak laris' itu sememangnya menjadi perhatian umum oleh kerana sikapnya dan suaranya yang lantang, serta video-video viralnya yang selalu mendapat kecaman orang ramai.
Namun begitu, di sebalik kontroversi yang pernah dicetuskan beliau, Aliff Syukri merupakan seorang yang tidak pernah mengabaikan kewajipan membantu golongan yang memerlukan.
Baru-baru, seorang lelaki telah berkongsikan satu sisi Aliff Syukri yang mungkin ramai tidak tahu melalui laman Twitter miliknya
Semuanya bermula gara-gara Aliff Syukri telah memuat naik gambar yang mempamerkan resit bayaran zakat di laman Instagram menyebabkan pengguna Twitter itu tampil menceritakan suatu perkara mengenai usahawan kosmetik berkenaan.
Dalam perkongsiannya, Faisal Rahim yang juga merupakan amil zakat berkata, Aliff Syukri adalah seorang peniaga yang sentiada dan tidak pernah tertinggal membayar zakat harta setiap bulan.
Menurutnya lagi, zakat yang dikeluarkan Aliff Syukri telah membantu ramai asnaf.
Ekoran daripada itu, Faisal yang mengaku tidak pernah membeli produk Aliff Syukri tetap mendoakan perniagaan Aliff Syukri agar terus berkembang maju dengan asbab membayar zakat.
Bukan itu sahaja, amil zakat itu juga memuji sikap Aliff Syukri yang telah mula membayar zakat harta semenjak usianya masih belasan tahun.
Meskipun terdapat beberapa pihak yang menyifatkan Aliff Syukri sebagai riak kerana seolah-olah ingin menunjuk jumlah bayaran zakatnya itu, namun Faisal membidas kata-kata tersebut dan menegaskan bahawa zakat merupakan ibadah yang perlu disebarkan kepada orang ramai.
Susulan daripada perkongsian tweet berkenaan, terdapat sebilangan warga Internet yang telah menyuarakan pendapat mereka tentang tindakan Aliff Syukri itu
Hasil tinjauan di ruangan reply mendapati terdapat beberapa warganet yang bersetuju dan turut sama mendoakan kejayaan dalam perniagaan usahawan terbabit.
Namun sudah menjadi lumrah di media sosial, ada juga yang tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan Aliff Syukri. Perkara ini bagaimanapun telah dijawab dengan tenang oleh Faisal.
Berikut adalah antara komen menarik daripada warganet: