seismik

Cow Play Cow Moo Kini Dibuka Di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Untuk Orang Ramai

Pusat arked dan hiburan keluarga yang best!

Cover image via Cow Play Cow Moo & SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cow Play Cow Moo, sebuah pusat arked terbesar di Singapura kini dibuka secara rasmi untuk cawangan di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur!

Pusat hiburan keluarga dan arked ini mempunyai daya tarikan tersendiri sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Ia mempunyai sistem ganjaran ‘bermain untuk mendapatkan hadiah’ sekali gus menggalakkan anda mendapatkan skor tertinggi untuk kumpul barangan berlesen dan kad koleksi.

Antara barangan berlesen adalah yang eksklusif dari jenama ikonik seperti Disney (Mikey Mouse, Winnie the Pooh, Disney Princesses), Sanrio (Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll, Kuromi, Little Twin Stars), Pokemon, Lego dan banyak lagi. Terdapat juga koleksi edisi khas berlesen yang boleh didapatkan.

Pusat arked ini mempunyai 100 mesin arked seperti mesin penekan wang syiling, mesin cakar, mesin bola keranjang, mesin bowling dan juga shooter.

Mempunyai ruang seluas 6,800 kaki persegi di tingkat tiga Lot 10, dan bakal buka lagi dua cawangan tahun ini

Kad Koleksi juga boleh didapatkan di mesin terpilih di mana ada mata ganjaran berharga untuk pemain menebusnya.

Anda boleh mendapatkan kad keahlian untuk promosi dan ganjaran eksklusif, kemudian isikannya dengan kredit.

Pengarah Cow Play Cow Moo Malaysia, Nic Lye, berkongsi keseronokannya dengan berkata, “Kami teruja untuk memperkenalkan Cow Play Cow Moo ke Malaysia. Pemilihan lokasi utama Bukit Bintang membolehkan kami membawakan keluarga dan rakan bersama-sama untuk menikmati pengalaman permainan yang menggembirakan.

“Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang penuh keseronokan yang mana orang ramai boleh melupakan telefon dan rutin mereka untuk mencuba dan menghayati pelbagai pilihan permainan arked,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cow Play Cow Moo atau klik sahaja di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: