seismik

Cuba Elak Kena Saman, Aksi Remaja Letak 'Clamp' Pada Tayar Kereta Sendiri Ini Curi Tumpuan

Kena clamp betul-betul nanti tahu lah.

Cover image via @m3diary (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Undang-undang kunci tayar bakal dikenakan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan ketika parkir

Iyalah, setiap kesalahan pastinya akan dikenakan tindakan supaya perkara itu tidak diambil mudah oleh segelintir masyarakat awam.

Lain pula yang terjadi pada video ini iaitu gelagat seorang remaja lelaki yang mengangkat pengunci tayar kereta bukan miliknya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Risau sebab lihat banyak kereta berdekatannya sudah kena clamp

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @m3diary di TikTok, dilihat gelagat seorang remaja lelaki yang dengan sengaja mengambil pengunci tayar kereta dan meletakkan pada kereta miliknya.

Tindakannya itu disebabkan kerana dia bimbang melihat banyak kenderaan yang parkir berdekatannya sudah di clamp.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia mengambil pengunci tayar yang tidak berkunci lalu meletakkannya pada tayar bagi elak disaman pihak berkuasa.

"Penat-penat simpan rahsia selama ni malah dikantoikan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 598K tontonan, 27.7K tanda suka dan 293 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur dengan kebijakan remaja itu. Malah, ada yang tegur supaya berhati-hati kerana risau taktik itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, kenapalah kantoikan taktik ni dekat TikTok :/

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: