Cuti Sekolah Penggal Ke-2 Selama 9 Hari Berturut-Turut & Cuti Hari Malaysia Menanti September Ini
Inilah masanya untuk bercuti!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan September 2026 bakal menyaksikan susunan hari kelepasan am dan cuti persekolahan yang panjang, memberi peluang emas kepada semua pelajar untuk berehat seketika daripada rutin harian yang padat dengan jadual kelas, kerja sekolah dan peperiksaan
Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesempatan kepada para pekerja juga terutamanya golongan ibu bapa untuk berehat dan merancang percutian bersama keluarga.
Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan, berikut ialah susunan cuti rasmi:
Cuti Penggal 2 Sesi Akademik 2026 (9 Hari)
Murid-murid sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti Penggal ke-2 selama 9 hari berturut-turut bermula akhir Ogos hingga awal September:
- Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor):
- Tempoh Cuti: 28 Ogos 2026 (Jumaat) hingga 5 September 2026 (Sabtu)
- Kumpulan B (Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Labuan, Putrajaya):
- Tempoh Cuti: 29 Ogos 2026 (Sabtu) hingga 6 September 2026 (Ahad)

Cuti umum Hari Malaysia pada 16 September 2026
Selepas persekolahan bermula semula, seluruh rakyat Malaysia juga akan menikmati cuti umum persekutuan sempena Hari Malaysia:
- Hari Malaysia: 16 September 2026 (Rabu) — Cuti Umum Persekutuan di seluruh negara.
(Nota: Bagi warga Selangor, pengisytiharan Cuti Peristiwa turut jatuh pada Selasa, 1 September 2026 sempena kejuaraan SUKMA 2026 yang berada dalam tempoh Cuti Penggal ke-2 sekolah).
Selain menjadi tempoh rehat yang dinanti-nantikan selepas melalui jadual persekolahan yang padat, ia juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran diri. Selamat bercuti!

Gambar sekadar hiasan.
Image via BERNAMALike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via