seismik

Dah Langgar & Seret Motor Mangsa, Pemandu Mabuk Ini Siap Buat 'Thumbs Up' Lagi. Biadap!

Sampai bila agaknya kes melibatkan pemandu mabuk boleh berhenti?

Cover image via BMF Media TV/ Facebook

Kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dilihat semakin menjadi-jadi sehingga hari ini

Antara kejadian kemalangan melibatkan pemandu mabuk

Image via Astro Awani

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja individu yang menjadi mangsa pemandu mabuk sehingga mengundang rasa marah dan geram dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, angkara perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu mabuk ini, ada dalam kalangan mereka di luar sana yang kehilangan insan tersayang sekelip mata.

Terbaru pada hari ini, seorang lagi individu telah menjadi mangsa korban pemandu mabuk

Image via Berita Harian

Memetik laporan, seorang lelaki berusia 44 tahun telah maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki yang disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara kira-kira jam 1:30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Apa yang lebih menyedihkan, mangsa sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas baru sahaja menghantar makanan yang dijual isterinya

Akibat rempuhan yang berlaku itu, Zulkefly berkata mangsa telah tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya lagi.

Satu video berhubung kemalangan tersebut telah mula tular di media sosial pada ketika ini

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook BMF Media TV, ia memperlihatkan kejadian di mana pemandu tersebut sedang mengheret motor milik mangsa di atas jalan raya.

Apa yang lebih mendukacitakan, pemandu itu dilihat sempat mengeluarkan jari dan menunjukkan 'thumbs up' ketika dikejar oleh sebuah kereta.

Untuk video penuh, sila lihat di bawah:

Kurang Ajar pemandu mabuk ni!! Dah langgar mati anak orang, heret motor si mati sampai 3km, boleh pulak biadap angkat tangan ‘thumbs up ’!! Komen dan share pandangan sahabat2

Posted by BMF MEDIA TV - official on Sunday, May 31, 2020

Netizen yang menyaksikan video itu meluahkan rasa geram dan marah mengenai kejadian tersebut yang dianggap masih menjadi-jadi dan gagal dibendung ketika ini

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Semoga ada hukuman yang lebih berat dan setimpal dikenakan ke atas pemandu mabuk.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: