"Dah Macam Dalam Filem" – Netizen Puji Lakonan Beto Kusyairy & Kualiti Iklan Bulan Bintang
Video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga.
Siapa je tidak kenal dengan Beto Kusyairy yang juga merupakan pelakon popular tanah air ini bukan?
Bijak menghayati setiap wataknya dan versatil, itu antara pujian yang menghujani pelakon itu ketika ini dalam media sosial.
Terbaharu, pengasas jenama fesyen Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkongsi video promosi terkini mereka yang menampilkan Beto sebagai teraju utama dalam iklan itu di laman Twitter miliknya.
Malah, dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat pujian ramai, video terbabit turut dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta.
Dedah pernah 'ditolak' oleh Beto sebelum ini kerana kekangan bajet empat tahun lalu
Meninjau di ruangan Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.
Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.
Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.
Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.
"Next level punya advertisement. Good job star moon" - Netizen
Susulan tularnya ciapan terbabit, video berkenaan mendapat lebih 506.6K capaian serta lebih 130.7K tontonan ketika artikel ini ditulis.
Menelusuri reaksi di ciapan tersebut, rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti setaraf filem sebenar.
Ada yang juga sempat berseloroh dan membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.
Malah, netizen turut memuji cara pemasaran jenama tersebut yang disifatkan sebagai bijak serta berkualiti.
Ada juga wargamaya yang mencadangkan agar jenama berkenaan terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem secara serius.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!