seismik

"Usah Buat Kerja Tuhan" - Da'i Wan Cela Golongan Asyik Hukum Dosa Mereka Yang Ingin Taubat

Jangan hina atau hukum orang yang pernah melakukan dosa.

Cover image via Alif ID

Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan dosa, tidak kiralah sama ada dosa kecil mahupun dosa besar

Namun, yang membezakan seorang mukmin dengan orang lain adalah apabila dia sedar dan menyesali setiap kesalahan serta dosa yang pernah dilakukan lalu memohon ampun serta bertaubat kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Al-Nur, ayat 31 yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Image via Kapan Lagi

Meskipun begitu, terdapat juga golongan manusia yang alpa dan tidak memberi peluang kepada mereka yang sudah insaf ini untuk berhijrah menjadi lebih baik.

Golongan ini akan sentiasa mengingatkan mereka akan dosa-dosa silam bahkan turut menghukum mereka dengan menjaja kisah silam kepada orang lain.

Menerusi rangkaian tweet yang dikeluarkan pendakwah bebas, Da'i Wan Dazrin Wan Din, dia ternyata benar-benar kesal dengan sikap golongan sebegini

Da'i Wan Dazwin Wan Din.

Image via Google

Menerusi laman Twitter miliknya, Da'i Wan menasihatkan orang ramai agar sentiasa ingat akan kedudukan kita di dunia ini.

Dia turut memesan agar jangan sesekali mengambil alih kerja Tuhan dengan menghina serta menghukum mereka yang pernah melakukan dosa, lebih-lebih lagi kerana kita sendiri tidak boleh yakin dan memberi jaminan bahawa kita tidak akan melakukan dosa pada masa akan datang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Tambah Da'i Wan lagi, dia berasa musykil dengan sikap sesetengah manusia yang merasa diri mereka hebat lagi suci dari dosa.

Bahkan golongan ini sering kali memandang rendah dan hina kepada mereka yang telah berdosa sehinggakan tidak memberi peluang untuk mereka bertaubat dan berubah ke jalan Allah SWT.

Dalam rangkaian tweet-nya, dia turut menyatakan bahawa semua ini adalah tipu daya syaitan dan bahawasanya yang menilai lalu menentukan syurga dan neraka seseorang itu adalah Allah SWT sahaja.

Da'i Wan berharap agar perkongsiannya ini dapat disebarkan kepada orang ramai agar semua sentiasa sedar akan kedudukan diri sendiri dan tidak hanya tertumpu kepada mereka yang pernah berbuat dosa.

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT

Sebagai hambaNya, kita hendaklah sentiasa istiqamah untuk bertaubat tanpa henti, terus-menerus memohon keampunan daripadaNya dan sentiasa beristighfar sepanjang hidup kita.

Jadilah kita manusia seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment