seismik

Dengan Bajet Kurang RM10 Boleh Dapat 120 Keping Sampul Duit Raya! Ikuti Langkah DIY Ini

Jimat pun jimat.

Cover image via Facebook Farhana Nazari II

Selain baju raya, kuih raya, dan juadah raya, duit raya juga cukup sinonim dikaitkan dengan sambutan lebaran di samping memainkan peranan dalam menyerikan lagi suasana hari tersebut

Bukan itu sahaja, duit raya juga salah satu perkara yang dinanti-nantikan semasa menyambut Hari Raya nanti terutama sekali golongan kanak-kanak.

Kalau tak bagi duit raya, mesti ada yang bermasam muka.

Image via wifflegif

Kebanyakan sampul duit raya ini boleh diperoleh dari pusat membeli-belah, pusat institusi kewangan dan lain-lain

Image via The Vocket

Tapi kalau nak extra special, boleh buat sendiri sampul duit raya ni!

Mudah sahaja caranya hanya menggunakan kertas pembalut hadiah. Ikuti langkah-langkahnya di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah; kertas pembalut hadiah, gam, gunting atau pisau blade, pensel dan pembaris.

Kertas pembalut hadiah boleh dibeli dimana-mana sahaja. Lebih wajar kalau dibeli dalam satu paket terus, kerana kalau beli sehelai mesti mahal. Satu paket ada 10 helai kertas pembalut dan boleh didapati dengan harga RM5-10.

Perkongsian adalah dari Facebook Puan Farhana Nazari.

Langkah Pertama: Kertas pembalut hadiah dilipat kepada 4 bahagian dan kemudian digunting

Langkah kedua: Setiap helaian kertas yang telah dipotong kemudian dilipat dan dibahagikan kepada 4 bahagian lagi

Langkah ketiga: Gunting untuk mendapatkan saiz helaian kertas kecil seperti ini

Langkah keempat: Buat garisan untuk dilipat & potong bahagian yang tidak diperlukan

Langkah kelima: Lipatkan bahagian kiri dan bawah kertas, kemudian gam

Sampul duit raya ini boleh diperbuat menggunakan pelbagai warna mengikut citarasa masing-masing.

Paling penting, budak-budak happy dapat duit raya!

Image via Rojak Media

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: