"Dia Cuba Racun Saya" - Gurau Tengku Muhammad Pada Tengku Afzan Ini Buat Netizen Terhibur!
Apabila ditanya alam satu IG Live, Tengku Muhammad kata Tengku Afzan masak tak sedap.
Bergaduh adalah aktiviti harian dalam diari kehidupan seorang sesiapa sahaja yang mempunyai adik beradik
Biasalah berbeza pendapat atau bergaduh sesama adik beradik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik yang melalui susah dan senang bersama sejak dari kecil hinggalah dewasa.
Bukan itu sahaja, ada adik beradik ini sebenarnya menyeronokkan. Ini kerana kita mempunyai kawan secara semulajadi. Hubungan biologi di antara adik beradik menyebabkan keakraban dan sebarang pergaduhan yang mungkin terjadi tidak akan berpanjangan.
Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial anakanda YDP Agong iaitu Tengku Muhammad Shah menyakat masakan adiknya, Tengku Puteri Afzan
Dalam rakaman video yang diambil daripada Instagram Live yang dibuat Tengku Muhammad itu, seorang warganet telah menanyakan apakah makanan paling sedap yang dimasak oleh Tengku Afzan.
Secara berseloroh, Tengku Muhammad membalas, "Tak sedap makanan dia."
Bukan itu sahaja, Tengku Muhammad turut berkata bahawa adiknya pernah cuba untuk meracuni dirinya.
Apabila diminta untuk memberi komen, Tengku Afzan kemudiannya tampil redha lalu menyatakan itu adalah dugaan biasa tatkala bergelar seorang adik.
Ternyata ramai yang terhibur dengan telatah dua beradik ini. Bahkan, ada juga warganet yang telah meninggalkan reaksi mengatakan normal bagi seorang abang menyakat adiknya sebegitu cara.