"Digelar Abah" - Ini Fakta Menarik Tentang Muhyiddin Yassin Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Di sebalik gelaran nama Abah.
Mentadbir negara ketika era pandemik, lalu menjadi 'Abah' untuk seluruh rakyat Malaysia.
Beliau tidak lain tidak bukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesti semua di antara kita sudah pasti kenal dengan mantan Perdana Menteri kelapan ini, mana tidaknya waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, ketika kita perlu duduk di rumah bagi menangani Covid-19 untuk tempoh lama.
Beliaulah yang sentiasa menemani kita di kaca televisyen untuk menerangkan situasi dan perkembangan negara setiap kali ada Perutusan Khas yang beliau ingin sampaikan.
Walaupun kita tidak dapat bersemuka secara berdepan dengan beliau, namun rakyat Malaysia merasakan mereka dekat dengan Muhyiddin dan kerana itulah beliau diberi gelaran 'Abah' sehingga kini.
Berikut di bawah antara sebab kenapa Muhyiddin dberikan gelaran 'Abah':
1. Cara beliau cakap dah memang macam Abah... bila pesan, nasihat dan tegur semua....
2. Dressing macam 'Abah Abah', baju batik lengan panjang, baju belang-belang, dengan kemeja smart.. Bawa pula beg bimbit hitam itu ke sana ke sini...
3. Beliau juga suka makanan kampung... tapi suka juga makan western macam piza...
Seperti yang kita tahu, Muhyiddin juga memegang jawatan Perdana Menteri dalam keadaan negara menghadapi isu kesihatan, ekonomi dan bermacam lagi
Begitupun, Muhyiddin telah berjaya menangani semua isu tersebut dan keadaan ini menyebabkan beliau dekat di hati rakyat.
Sebaik sahaja memegang jawatan Perdana Menteri dengan keadaan PKP, Muhyiddin tidak dapat mendekati rakyat melalui rapat umum dan sebagainya.
Namun kewibawaan Muhyiddin terserlah kerana beliau dapat menangani isu-isu Covid-19, diperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion ringgit dan pelbagai lagi pendekatan lain. Semuanya untuk rakyat, itu yang membuatkan orang ramai memanggilnya dengan nama Abah.
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!