Nicky Liow Bebas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta – AGC

Pertuduhan tersebut membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli perniagaan Nicky Liow telah membayar kompaun RM10 juta sebelum Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya

Dalam satu kenyataan hari ini, 7 Ogos, AGC mempertahankan keputusannya, menjelaskan bahawa Liow, atau nama sebenarnya Liow Soon Hee, telah dibebaskan selepas pasukan guaman memohon untuk mengkompaun 26 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah peruntukan undang-undang yang berbeza.

Liow ​​pada mulanya didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas dakwaan pengubahan wang haram lebih daripada RM36 juta.

Pertuduhan tersebut membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram tersebut.

Walau bagaimanapun, pasukan guaman Liow telah mengemukakan permohonan untuk menukar pertuduhan kepada Seksyen 92 Akta yang sama, yang membenarkan kesalahan tertentu diselesaikan dengan membayar penalti kewangan dan bukannya meneruskan pendakwaan jenayah.

Di bawah peruntukan tersebut, jumlah kompaun tidak boleh melebihi 50% daripada denda maksimum yang boleh dikenakan apabila disabitkan kesalahan.

Sebaik sahaja kompaun dibayar, ia akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, dan individu terlibat tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama.

SAYS.com
Image via The Malaysian Reserve

Selepas menyemak perwakilan dan bukti yang ada, Jabatan Peguam Negara berkata ia menawarkan kompaun RM10 juta kepada Liow, yang diterima dan dibayarnya pada 29 Mei 2023

"Selain pembayaran RM10,000,000.00 tersebut, penyelesaian ini juga merangkumi pelucuthakan bon berjumlah RM647,366.00 dan pelucuthakan harta-harta yang disita.

"Lanjutan daripada pembayaran kompaun tersebut, selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta 613, Jabatan ini telah menarik balik pertuduhan terhadap Nicky Liow," menurut kenyataan itu.

Jabatan Peguam Negara menambah bahawa pada 15 Jun 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan Liow dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Jabatan itu menegaskan bahawa keputusan itu dibuat mengikut kuasa perlembagaan Peguam Negara dan undang-undang yang berkaitan.

"la juga telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan keterangan daripada hasil siasatan secara keseluruhan tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam dengan mengambil kira integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas 30 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) menuntut agar jabatan itu menjelaskan secara terbuka mengapa Liow diberikan pelepasan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: