seismik

Macam Mana Tangani Dilema Muslim Ziarah Rumah Non-Muslim? Video Ini Ada Jawapannya!

Bukannya susah pun sebenarnya.

Cover image via Projek Dialog/YouTube

Lumrah tinggal di dalam negara berbilang bangsa, kita pasti tidak terlepas daripada mengunjungi rumah sahabat kita yang berlainan agama dan kepercayaan

Bukan setakat semasa perayaan, budaya kunjung-mengunjung sudah menjadi kebiasaan bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia pada bila-bila masa saja. Walaupun ada yang berbeza agama, kita raikan setiap orang seperti keluarga kita sendiri.

Namun begitu, ada beberapa dilema yang sering timbul dari segi persefahaman antara orang Islam dan bukan Islam ketika berziarah. Mungkin nampak remeh, tetapi dilema-dilema ini harus ditangani dengan bijak bagi menunjukkan rasa hormat dan bagi tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Dilema #1: Ucap Salam.

Orang Islam sudah begitu sinonim dengan ucapan 'Assalamualaikum' bersama rakan Islam lain. Tapi bagaimana pula cara menyapa rakan bukan Islam?

Ada rakan Islam yang mungkin ragu-ragu untuk menggunakan ucapan 'Assalamualaikum' kepada rakan bukan Islam. Kalau macam tu, ucapan apa yang paling sesuai?

Dilema #2: Solat.

Apa yang perlu dilakukan oleh orang bukan Islam sekiranya rakan Islam anda ingin tumpang solat di rumah?

Disebabkan waktu solat bertindih dengan waktu ziarah, rakan Islam mungkin akan memilih untuk tumpang menunaikan solat di rumah rakan bukan Islam. Situasi ini rasanya tidak selalu berlaku tetapi jika ada rakan bukan Islam menghadapinya, apa yang mereka perlu lakukan?

Dilema #3: Makan.

Isu makanan halal dan tidak halal perlu sama sekali dititikberatkan. Maklumlah, orang Islam kan tak boleh makan makanan yang tidak halal.

Ini sangat penting. Halal di sini bukan bermaksud pork-free sahaja, tetapi sumber ayam atau daging yang diperoleh mestilah datang dari sumber yang diyakini halal. Dari segi minuman pula, mana-mana yang beralkohol tidak boleh dihidangkan. Boleh bezakan yang halal dengan yang tak halal?

Dilema 4: Pinggan dan cawan.

Adakah sama digunakan untuk hidangan yang tidak halal?

Pada sesetengah orang, dilema ini mungkin nampak agak remeh. Namun begitu, penting juga untuk pastikan setiap pinggan dan cawan yang digunakan bagi hidangan halal dan tidak halal mestilah tidak bercampur. Jadi, apa cara yang paling mudah untuk tangani dilema ini?

Video terbitan Projek Dialog ini akan merungkai segala persoalan dan dilema yang sering kali kita hadapi semasa berziarah. LIHAT SINI:

Kami rasa, ini adalah satu usaha #MeraikanPersefahaman yang patut diberi pujian. Walaubagaimanapun, video ini menerima teguran dari netizen atas beberapa fakta yang perlu lebih diberi penelitian.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: