seismik

Elak Stress Sebab Duit, Ini Tips Urus Kewangan Ketika PKPB Yang Anda Boleh Lakukan!

Sama-sama kita beringat ok!

Cover image via Oh Bulan

Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia

Image via Astro Awani

Di negara ini, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi membantu memutuskan wabak Covid-19 yang dilihat semakin kritikal.

Pelaksanaan PKP itu sememangnya telah memberi kesan yang sangat besar sehingga menyebabkan pelbagai sektor perniagaan ditutup yang mana ia secara tidak langsung menyebabkan ramai individu kehilangan pekerjaan.

Melihat kepada situasi semasa yang berlaku pada ketika ini, orang ramai sentiasa diingatkan untuk lebih berjimat-cermat dan mengamalkan cara pengurusan wang yang baik

Image via Bisnes Sinar

Ini kerana, boleh dikatakan setiap daripada kita berisiko untuk kehilangan pekerjaan susulan daripada ketidakstabilan ekonomi yang sedang berlaku.

Disebabkan itu, sikap berjimat-cermat dan bijak dalam menguruskan wang perlu diamalkan agar aliran wang setiap daripada kita tidak terputus dan boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Di Twitter, seorang individu telah berkongsikan beberapa tips pengurusan wang yang boleh dilakukan ketika kemelut ini

Perkongsian tips itu telah diberikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Ikmal Nordin.

Untuk membaca tips penuh, teruskan lihat di bawah:

Jangan tunggu hujung bulan untuk buat simpanan

Gunakan 'rule of 30'

Asingkan perbelanjaan di dalam sampul

Jangan lupa untuk rekodkan perbelanjaan

Sama-sama kita beringat untuk kesenangan pada masa akan datang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: