Eskayvie Optimis Tangani Malnutrisi Melalui Kempen Inspirasi Generasi Masa Hadapan
Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, Eskayvie komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi kepada rakyat Malaysia melalui penganjuran karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan
Sebagai permulaan, jenama itu menjejaki Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, hari ini (22 Februari) bagi mendekati golongan pelajar dan ibu bapa.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi jenama itu untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang cemerlang dan berkualiti melalui amalan pemakanan sihat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% mengalami anemia, 15.3% berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.
Isu ini bukan sekadar statistik, malah ia cabaran yang menjejaskan perkembangan otak, emosi dan produktiviti anak-anak.
Malnutrisi memberi kesan serius dalam jangka pendek di mana ia boleh melemahkan sistem imun, menyebabkan keletihan, menghalang tumbesaran, menjejaskan fokus dan prestasi akademik.
Dr Syid Ayob, Kartika Wati dan Datuk Aznil bergambar bersama Guru Besar SK Seksyen 24 sebagai simbolik kerjasama dalam menjayakan karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.
Image via EskayviePemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, lebih membimbangkan, kesan ini boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.
"Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.
"Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri penting nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat dan perkembangan minda dapat dioptimumkan.
"Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing," kata Kartika Wati.
Kartika Wati berkongsi misi Eskayvie untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak melalui amalan pemakanan sihat dan seimbang.
Image via EskayvieManakala, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan bahawa pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.
"Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.
"Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik.
"Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik," kata Dr Syid Ayob.
Fokus isu malnutrisi dibentangkan Dr Syid Ayob dengan pembabitan pelajar dan ibu bapa melalui aktiviti di sekolah.
Image via EskayvieJusteru, menyedari cabaran ini, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas dengan Phosphatidylserine dan Omega-3, juga vitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
"Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekaligus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian prestasi akademik mereka.
"Eskayvie juga kekal komited dalam meningkatkan kesedaran dalam kepentingan nutrisi dalam masyarakat. Isu ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama untuk memastikan ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang cemerlang, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan produktiviti negara.
"Dengan generasi yang lebih sihat dan cerdas, negara dapat terus berdaya saing, memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan melindungi masa depan bangsa. Eskayvie berdiri teguh dalam usaha membentuk generasi yang sihat, berilmu dan bersedia mencorak masa depan yang lebih gemilang," kata Dr Syid Ayob.
Peserta terpilih berpeluang memasak bersama Datuk Aznil dalam demo masakan sihat dan mudah untuk seisi keluarga.
Image via EskayvieSementara itu, pada acara sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang ringkas dan menyelerakan untuk anak-anak.
Seramai lapan orang ibu bapa turut berpeluang menyertai sesi memasak menu sihat bagi merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam penyediaan makanan berkhasiat.
Untuk maklumat lanjut layari boleh layari eskayvie.com atau boosterminda.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!