seismik

Fakulti Pendidikan UKM, PTTI Jalin Kerjasama Meterai MoU Bina Rangkaian Profesional

Difahamkan, kerjasama itu bakal memberi impak besar kepada kedua-dua pihak.

Cover image via PTTI (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PTTI Group Sdn Bhd bagi membina rangkaian profesional melalui kepakaran dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan penyelidikan

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Datuk Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata, kerjasama itu bakal memberi impak besar kepada kedua-dua pihak.

"Kerjasama ini bakal memberi impak besar kepada kedua-dua pihak merangkumi penawaran latihan industri kepada pelajar prasiswazah Fakulti Pendidikan di PTTI, selain pelajar dibimbing dalam merancang dan melaksanakan pemasaran, jerayawara, tugasan pentadbiran serta pelbagai jenis bengkel secara bersemuka dan dalam talian.

"Selain itu, melalui hubungan strategik itu juga turut akan diadakan penganjuran ceramah keusahawanan berkaitan bidang pendidikan dan penghantaran tenaga pengajar PTTI melanjutkan pengajian diperingkat pasca siswazah di UKM," katanya.

Image via PTTI (Facebook)

"Kerjasama kedua pihak bakal menjadi batu loncatan dalam memartabatkan lagi pendidikan negara" - Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd, Siti Farhana Abu Osman

"PTTI sangat berbangga dan berbesar hati dengan kerjasama dengan UKM sekali gus menjadi batu loncatan untuk mengangkat martabat pendidikan negara.

"MoU ini iuga membuka peluang dan meggali potensi kerjasama di antara institusi pendidikan swasta dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam usaha menaik taraf bidang pendidikan negara dan membantu keboleh pasaran graduan," katanya.

Dalam masa sama, Siti Farhana mengalu-alukan kerjasama dengan badan atau organisasi pendidikan negara lain.

"PTTI ingin merakamkan penghargaan pada pihak UKM, Timbalan Naib Canselor atas kerjasama ini. Serta kami mengalu-alukan kerjasama bersama badan atau organisasi pendidikan negara lain juga," katanya.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Datuk Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, disaksikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang yang mewakili UKM manakala PTTI diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Farhana Abu Osman dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Muhd Habibunajjar Sazali.

Dari kiri, Muhd Habibunajjar, Siti Farhana, Prof Datuk Dr Norazah dan Prof Dr Mohd Mahzan pada majlis MoU.

Image via PTTI (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: