Farmasi Lautan Terima Pengiktirafan Rasmi Asia Records Sempena 41 Tahun Beroperasi
Diasaskan oleh ahli farmasi berdaftar, Dato' Lau Tiam Kwee pada tahun 1985 di Kuala Terengganu.
Cover image via ASIA RecordsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Farmasi Lautan melakar pencapaian bersejarah apabila secara rasmi menerima pengiktirafan Asia Record bagi kategori "Longest Operating Pharmacist Owned Retail Pharmacy in 2025"
Anugerah berprestij itu delivered secara rasmi hari ini bagi meraikan perjalanan 41 tahun syarikat yang bermula sebagai sebuah farmasi komuniti tempatan sehingga berkembang menjadi rangkaian 51 cawangan di seluruh negara.
Diasaskan oleh ahli farmasi berdaftar, Dato' Lau Tiam Kwee pada tahun 1985 di Kuala Terengganu, Farmasi Lautan ditubuhkan selepas beliau menamatkan latihan prapendaftaran di hospital tempatan bagi menyediakan akses perkhidmatan farmasi profesional dan produk kesihatan mampu milik.
Pengasas Farmasi Lautan, Dato' Lau Tiam Kwee berkata, pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam meletakkan penjagaan kesihatan berteraskan integriti dan kepercayaan masyarakat sebagai keutamaan utama sejak empat dekad lalu.
"Ketika saya memulakan Farmasi Lautan pada tahun 1985, niat saya bukan sekadar membina perniagaan besar, sebaliknya mewujudkan farmasi yang dipercayai masyarakat di mana keluarga boleh mendapatkan panduan profesional. Selepas 41 tahun, tujuan itu kekal menjadi asas kepada setiap operasi kami," katanya.

Peluasan perkhidmatan, peralihan kepimpinan dan pencapaian syarikat
Bagi memenuhi perkembangan keperluan pengguna, Farmasi Lautan turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan perkhidmatan serta fasa kepimpinan baharu:
- Peralatan & Perkhidmatan Rehabilitasi: Memperluas penawaran produk melangkaui ubat-ubatan konvensional menerusi kemudahan jualan dan sewaan peralatan rehabilitasi seperti katil hospital, kerusi roda, serta penumpu oksigen (oxygen concentrator) bagi menyokong pemulihan pesakit di rumah.
- Rangkaian 51 Cawangan: Bermula dari kedai tunggal di Kuala Terengganu, syarikat kini mengendalikan 51 cawangan bagi memastikan produk kesihatan berkualiti berada lebih dekat dengan komuniti.
- Kepimpinan Generasi Baharu: Sektor operasi syarikat kini diterajui oleh Lau Jia Liang selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farmasi Lautan, yang bertanggungjawab memacu modenisasi perniagaan menerusi integrasi teknologi tanpa mengabaikan prinsip asas syarikat.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, perkhidmatan farmaseutikal, peralatan rehabilitasi, serta senarai rangkaian cawangan boleh didapati menerusi laman web rasmi www.farmasilautan.com.

