Fenomena ‘Blue Tears’ Yang Jarang Dilihat Kini Muncul Di Pantai Tembeling, Kuantan

Bestnya dapat tengok live!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sisbro.cuba (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah fenomena jarang dilihat ditemui di Pantai Tembeling di Kuantan, menyaksikan ombak laut mengeluarkan sinaran biru terang di bawah langit malam

Menerusi perkongsian @sisbro.cuba, pencipta kandungan tempatan itu kelihatan mesra berlari di pesisir pantai bersama keluarga, bertemankan nyalaan biru neon daripada ombak.

Pemandangan yang menakjubkan itu turut menarik perhatian Tourism Pahang, yang menyiarkan semula video itu di halaman Facebook rasminya.

"Pernahkah anda menyaksikan lautan bercahaya pada waktu malam? Fenomena bioluminescence yang memukau kini dilaporkan dapat disaksikan berhampiran Pantai Tembeling, Kuantan," tulisnya.

Tourism Pahang juga mengingatkan pengunjung yang menemui fenomena itu untuk menghargai keajaiban alam semula jadi secara bertanggungjawab dengan menjaga kebersihan pantai dan melindungi ekosistem di sekelilingnya.

SAYS.com
Image via @sisbro.cuba (Instagram)

Bioluminescence ialah proses semula jadi di mana organisma marin kecil, seperti plankton, menghasilkan dan memancarkan cahaya apabila diganggu oleh pergerakan

Ia menyebabkan air bersinar dengan rona biru yang menarik, terutamanya pada waktu malam. Fenomena ini juga dikenali sebagai 'blue tears'.

Menurut Klook, air Bioluminescence boleh dilihat di beberapa lokasi di Malaysia, termasuk muara Sungai Selangor di Kuala Selangor, Pantai Tusan di Miri, Sarawak, serta Pulau Sembilan dan Bagan Datuk di Perak dan Langkawi.

Walau bagaimanapun, penampakan air yang bercahaya tidak dijamin, kerana ia bergantung kepada keadaan persekitaran, termasuk kitaran bulan, pasang surut dan keadaan air.

Untuk peluang terbaik menyaksikan fenomena 'blue tears', pengunjung dinasihatkan untuk menunggu malam yang gelap dan tanpa bulan semasa air pasang.

SAYS.com

Fenomena terbabit yang menarik pengunjung ke Pulau Sembilan, Perak.

Image via Malay Mail

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: