seismik

Filem Komedi Seram 'Pemburu Saka' Bakal Menghiburkan Anda Eksklusif Di Tonton

Jangan lupa download aplikasi Tonton terlebih dulu.

Cover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik bagi anda yang sukakan cerita atau filem komedi seram

Pastikan anda tidak terlepas tarikh keramat 27 Mac 2024 kerana anda akan disajikan dengan filem komedi seram terbaharu iaitu 'Pemburu Saka' hanya di platform penstriman video Tonton.

‘Pemburu Saka’ ialah sebuah filem bergenre komedi seram mengisahkan Zack, seorang anak jutawan yang kehilangan kedua ibu bapanya akibat ilmu hitam yang dihantar oleh pihak-pihak yang ingin menjatuhkan keluarganya. 

Semenjak itu, Zack berhasrat untuk mempelajari ilmu perubatan Islam dan seterusnya menubuhkan satu pasukan yang bertujuan membanteras bomoh-bomoh amalan khurafat di seluruh Malaysia. 

Namun, dapatkah hasratnya terlaksana dengan kehadiran kekasih Zack yang membantah penglibatannya dalam kegiatan dunia mistik?

Image via Tonton

Dengan pendekatan plot yang lebih mudah difahami, filem yang diarahkan oleh Pali Yahya ini pastinya bakal menarik hati penonton di samping tema jenaka yang dibawakan serta unsur keislaman yang mampu memberi kesedaran.

Membawakan Sufian Suhaimi sebagai watak utama iaitu Zack yang mengetuai pasukan memburu saka. Filem ‘Pemburu Saka’ antara lain menampilkan barisan pelakon yang tentunya berpotensi membuat penonton tidak kering gusi.

Antaranya, Bell Ngasri, Nabila Huda dan Farouk Hussain yang amat berpengalaman dan mampu menyampaikan mesej filem ini sebaiknya.

Apa yang anda tunggu lagi? Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan alami sendiri pengalaman seram pecah perut dengan ‘Pemburu Saka’. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan Tonton di Smart TV sekarang! Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Jom ceriakan Ramadan anda dengan filem komedi seram ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: