seismik

Filem Mat Kilau Cipta Fenomena, Raih RM12.2 Juta Dalam 4 Hari Tayangan Di Pawagam

Terima kasih rakyat Malaysia diatas sokongan padu kalian terhadap filem tempatan kita.

Cover image via @syamsulyusoffilm (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan terus mencipta sejarah apabila meraih kutipan RM12.2 juta sejak mula ditayangkan di pawagam tempatan, 23 Jun lalu

Ini adalah berdasarkan maklumat terkini daripada pengarah filem berkenaan sendiri iaitu Syamsul Yusof menerusi posting yang dimuat naiknya di Instagram sebentar tadi.

Sebelum ini, filem terbitan Studio Kembara arahan Syamsul Yusof itu dilaporkan mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Diikuti pada hari kedua, filem Mat Kilau ini meraih kutipan RM1.8 juta dan hari ketiga menghampiri RM3 juta dan hari keempat (semalam) sehingga pukul 9 malam sebanyak RM11 juta.

Mat Kilau atasi kutipan Jurassic World dan Top Gun: Maverick. Luar biasa!

Mengulas mengenai kutipan tiket itu, Syamsul bangga kerana karya filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mengetepikan filem luar negara termasuk Hollywood seperti Jurassic World dan Top Gun: Maverick.

Katanya lagi, ini kebangkitan penonton Malaysia, Singapura dan Brunei terhadap filem tempatan kita.

"Ini petanda rezeki daripada Allah, selain kerja keras yang sudah ditunjukkan semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambaran.

"Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood. Kita mampu bersaing dengan orang lain dalam apa juga bidang.

"Mat Kilau bukan sahaja pecah rekod pembukaan hari pertama, malah, mengetepikan filem Hollywood yang sedang ditayangkan di negara kita.

"Melihat komen positif mereka yang sudah menontonnya, saya amat terharu," katanya.

Sebagai rekod, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan diterajui Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem itu disokong bintang hebat termasuk Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As'ari (Yassin).

Tak ketinggalan Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem Mat Kilau dibikin dalam suasana 1892 ketika kolonial British menduduki tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadapan British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan menyebabkan British mengalami tekanan dan kerugian hingga berlakunya pertempuran sengit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: