seismik

Filem Saka Perawan: Fauziah Nawi Dakwa Ada Lebih Dari Satu Yang ‘Menjaga’?

Jangan lupa tonton filem Saka Perawan yang bakal ditayangkan mulai 27 Jun ini.

Cover image via Provided to SEISMIK & TGV Cinemas (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengarah dan penerbit terkenal, Dr Ahmad Idham kini kembali dengan naskhah filem komedi seram bertajuk Saka Perawan

Untuk pengetahuan anda, Saka Perawan mengisahkan misteri di sebalik penyakit dihidapi nenek berusia 80 tahun yang membuatkan anak bingung. Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak.

Namun, sebaik sahaja mencapai jam 5 pagi, keadaan nenek kembali normal dan hanya terbaring di katil. Selepas hampir sebulan nenek terbaring, doktor perubatan tidak mempunyai jawapan dalam mengesan penyakit dihidapinya.

Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, saka yang dimilikinya, perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia.

Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini? Anda kena nantikan.

Ibu Fauziah Nawi dakwa dalam filem Saka Perawan ada lebih dari 1 yang 'menjaga'

Fauziah Nawi ataupun lebih mesra dipanggil ‘Ibu’ mengatakan filem ini mengetengahkan elemen seram dan sifat kemasyarakatan.

Namun, di dalam filem ini terdapat lebih daripada satu yang 'menjaga' ibu Fauziah Nawi. Bukan itu sahaja, Ibu juga menyatakan bahawa entiti saka sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat dahulu kala.

Menurutnya, ada yang menggunakan saka ke arah kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Ibu Fauziah Nawi juga memberitahu filem Saka Perawan ini sangat bagus untuk ditonton oleh masyarakat ramai kerana filem ini sarat dengan pengajaran dan ditambah juga dengan elemen komedi untuk menambahkan lagi keunikan filem ini.

Untuk rekod, Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS) merupakan sebagai pengedar dan rakan pemasaran bagi filem ini yang bakal memasuki pawagam tempatan mulai 27 Jun depan.

Filem ini akan menampilkan ramai pelakon komedi bertaraf legenda dan bakat baharu. Antaranya, adalah Azlee dan Yassin daripada kumpulan Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak dan Sophia Albarakbah.

Image via IMDb

Tonton video trailer di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: