x

seismik

[VIDEO] Gadis Ini Tetap Profesional Walaupun Terpaksa Uruskan ‘Wedding’ Ex-Boyfriend

Sakit tak berdarah.

Cover image via @apriliafano09 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan pasti mengimpikan hubungan mereka akan kekal sehingga menjenjang pelamin

Namun apakan daya, penentuan jodoh ditentukan oleh Tuhan. Kadang kala, ada pasangan yang terpaksa putus dan berpisah dalam proses berkenalan itu. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gadis ini terpaksa menguruskan majis pernikahan bekas teman lelakinya curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@apriliafano09

Jadi dia adalah asisten mua...dtinggal nikah ma pacarnya ( team videographer ) krn harus profesional,dia brusha kuat! #fyp #fypmua #viral

original sound -      -     

Gadis itu tetap profesional walaupun terpaksa uruskan wedding bekas teman lelakinya

Menerudi video yang dimuat naik oleh @apriliafano09 di laman TikToknya, kelihatan seorang gadis yang dipercayai bekerja sebagai make-up artist itu perlu menguruskan majlis sanding teman lelakinya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia kelihatan sangat profesional merias wajah bekas teman lelakinya dan pengantin perempuan. Dia kelihatan mengetepikan semua emosi demi bekerja dengan profesional.

Tugas gadis itu bukan saja merias wajah pengantin, malah dia juga yang menguruskan mas kahwin mereka. Tambahan lagi, dia baik hati membantu mengiring pengantin perempuan ke dalam kereta menuju ke tempat majlis diadakan.

"Ya Allah, sedihnya tengok, semoga dijodohkan dengan orang yang lebih baik" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut  kagum dan bersimpati dengan ketabahan gadis itu. Malah, ramai yang mendoakan gadis itu. Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.7M tontonan, 140K tanda suka dan 916 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Kuatnya dia, semoga dapat jumpa jodoh yang lebih baik! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik