seismik

[GALERI] 30,000 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Nik Aziz

Sungguh menakjubkan apabila melihat penghormatan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Allahyarhan Tuan Guru Nik Aziz.

Cover image via The Rakyat Post

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan

Image via kedahnews.com

Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.

astroawani.com

Sejurus selepas berita itu tersebar, hashtag #TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) didapati trending di laman sosial dan terus mendapat tempat pertama dalam 'Malaysia Trends' di Twitter

Image via SAYS.com

Hari ini, akhbar tempatan semua memaparkan berita kematian Tuan Guru Nik Aziz di muka hadapan dengan warna hitam putih sebagai tanda hormat

Malam tadi, orang ramai berkumpul di rumah kediaman Tuan Guru Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka sebaik berita kematian Allahyarham disahkan

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Yaakob, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali

Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Yaakob.

Image via Facebook PAS Pusat

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Image via Facebook PAS Pusat

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Image via Facebook PAS Pusat

Kapten pasukan bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau Piya juga mengunjungi rumah TGNA

Badhri Radzi atau Piya berjubah kelabu.

Image via Berita Harian

Pada sebelah pagi, Ustaz Don Daniyal bersama beberapa penceramah agama dan ahli PAS berlepas ke Kota Bharu untuk turut sama hadir ke majlis pengkebumian TGNA

Orang ramai pula berkumpul di sekitar kawasan kediaman TGNA sebelum majlis pengkebumian bermula

Image via Berita Harian

Bacaan Yassin berkumandang di Masjid Pulau Melaka untuk disedekahkan kepada Allahyarham

Image via Berita Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pemimpin lain tiba di Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham TGNA

Suasana cukup sesak apabila puluhan ribu rakyat Malaysia berarak serta berkumpul di perkarangan rumah TGNA

Segenap ruang di perkarangan kediaman TGNA dan di Masjid Pulau Melaka dipenuhi orang ramai, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik Allahyarham disemadikan

Image via Berita Harian
Image via Berita Harian

Mayat Allahyarham TGNA diusung keluar dari kediamannya untuk dibawa ke dalam masjid untuk disempurnakan dan bagi upacara solat jenazah

Jemaah mengambil wuduk melalui sebuah lori bekalan air sebelum solat jenazah dimulakan

Image via Berita Harian

Kira-kira 30,000 jemaah menghadiri upacara solat jenazah buat Allahyarham TGNA. Suasana menakjubkan ini ternyata satu fenomena yang jarang sekali kita dapat lihat berlaku di negara.

Allahyarham akhirnya telah selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar

Image via Astro Awani
Image via Berita Harian

Untuk makluman, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun dan mempunyai 10 cahaya mata

Image via Berita Harian

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya sentiasa tenang di bawah perlindungan Allah. Innalillah.

You may be interested in: