Jimat 2.5 Jam! Lif Cerun Setinggi 288 Meter Jadi Kemudahan Murid Ke Sekolah
Lif setinggi 288 meter dengan kereta kabel percuma buat pelajar & penduduk tempatan di lembah Sungai Nizhu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perjalanan yang memerlukan tiga jam kini telah berjaya dipendekkan ke 30 minit sahaja dari kawasan lembah ke sekolah
Pembukaan lif pemandangan setinggi 288 meter (m) dengan tambahan kereta kabel telah menjadi pengangkutan baharu buat semua penduduk di Xuanwei, wilayah Yunnan, barat daya China.
Dilaporkan oleh The Express Tribune, kemudahan ini menjadi penyelamat untuk semua penduduk, terutamanya murid yang tinggal di kawasan berkenaan.

Kampung Nizhuhe ialah sebuah perkampungan yang berada jauh di dalam kawasan lembah yang telah wujud hasil pembentukan Sungai Nizhu yang mengalir dari selatan ke utara.
Kanak-kanak dan ibu bapa terpaksa melalui trek berbahaya setiap 10 hari
Sebelum wujud kemudahan ini, penduduk di dasar lembah perlu naik ke puncak gunung melalui laluan cerun berbahaya dan mengambil masa enam jam hanya untuk pergi dan balik.

Sejak siapnya kawasan pemandangan baharu di kampung tersebut, tarikan ini telah banyak membantu semua penduduk di sana.
Sistem kereta kabel setinggi 288 meter ini telah memberi akses percuma buat semua orang kampung Nizhuhe dan yang berdekatan.

Kanak-kanak kini telah mendapat satu 'shuttle awan' untuk terus ke puncak gunung sekali gus memudahkan perjalanan persekolahan mereka.
Pusat pelancongan baharu ini juga bakal membantu ekonomi kawasan kampung-kampung berdekatan dengan tarikan kecantikan pemandangan di sana.
Kemudahan kereta kabel dan lif setinggi 288m di kawasan pelancongan itu telah memendekkan perjalanan penduduk dan pelajar kepada setengah jam sahaja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via