PUMA & FAM Perkenal Jersi Baharu Harimau Malaya Musim 2026/27 – “Inilah Warna Kita”

Tampil dengan teknologi prestasi tinggi PUMA seperti ULTRAWEAVE, dryCELL & ThermoAdapt.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PUMA Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

PUMA Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi melancarkan jersi Home dan Away baharu skuad Harimau Malaya bagi musim 2026/27

Pelancaran ini diraikan di bawah tema "Inilah Warna Kita" yang mengangkat warna, semangat, dan kebanggaan penyatuan rakyat Malaysia menerusi bola sepak.

Tema penganjuran kali ini mengetengahkan gabungan warna ikonik Hitam Kuning yang menjadi simbolik kebanggaan, minat dan cinta terhadap sukan bola sepak merentasi generasi.

Sama ada di padang bola sepak komuniti mahupun di pentas stadium antarabangsa, gabungan warna ini menyatukan peminat sukan tanah air di belakang pasukan kebangsaan.

SAYS.com
Image via PUMA Malaysia
SAYS.com
Image via PUMA Malaysia

Jersi Home mengambil inspirasi daripada harimau belang Malaya yang menterjemahkan kekuatan, kelincahan, dan semangat tanpa gentar menerusi corak belang harimau yang dinamik. Elemen reka bentuk ini mencerminkan identiti "Fear None" serta hubungan erat antara skuad kebangsaan dan para penyokong.

Manakala jersi Away pula tampil unik dengan corak penyamaran (camouflage) berteraskan warna biru kelasi (navy-blue) yang diambil daripada warna kanton Jalur Gemilang. Ia melambangkan perpaduan, keharmonian, dan ketahanan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang sentiasa bersatu demi bola sepak.

Tampil dengan teknologi prestasi tinggi PUMA seperti ULTRAWEAVE, dryCELL & ThermoAdapt

Dari segi inovasi, kesemua jersi direka menggunakan teknologi prestasi tinggi PUMA untuk memberikan keselesaan maksimum dan pergerakan tanpa had di atas padang. Antara teknologi utama yang diserapkan merangkumi:

  • ULTRAWEAVE: Fabrik prestasi ultra-ringan rekaan PUMA untuk pergerakan semula jadi tanpa halangan.
  • dryCELL: Teknologi menyerap peluh bagi memastikan pemakai sentiasa kering dan selesa.
  • ThermoAdapt: Teknologi pengawalan haba untuk mengekalkan keselesaan mengikut perubahan suhu badan.

SAYS.com
Image via PUMA Malaysia
SAYS.com
Image via PUMA Malaysia

Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan berkata, jersi PUMA FAM Harimau Malaya sentiasa membawa makna yang lebih besar daripada sekadar permainan.

Beliau menegaskan bahawa menerusi "Inilah Warna Kita", PUMA meraikan warna-warna yang dibesar bersama oleh rakyat Malaysia dengan membawakan reka bentuk yang menghormati warisan bola sepak tempatan disulami teknologi prestasi tinggi.

Jersi PUMA FAM Harimau Malaya 2026/27 kini boleh didapati pada harga RM549 bagi kit Authentic dewasa, RM319 bagi kit Replica dewasa dan RM269 bagi kit Kanak-kanak (Junior).

Kesemua koleksi dijual secara rasmi menerusi PUMA.com, kedai konsep PUMA, serta cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: