Keluarga Jepun Tinggal Di Malaysia Cetus Kelainan, Buat Sushi Guna Ikan Tempatan

PERINGATAN: Jangan sewenang-wenangnya cuba perkara ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Durian Life

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah keluarga dari Jepun yang tinggal di Malaysia baru-baru ini viral berkongsi satu video

Video tersebut menunjukkan beberapa ikan Malaysia yang dipilih dan disiang untuk dijadikan sushi versi tempatan.

Dikongsikan Durian Life, mereka adalah sebuah keluarga dari Jepun yang tinggal di Malaysia yang suka berkongsi vlog mengenai kehidupan mereka terutamanya mengenai makanan di Malaysia.

SAYS.com
Image via Durian Life

Yuu Seto (Ibu), Fumi Seto (Bapa) dan Mii Seto (anak perempuan) mereka telah lapan tahun tinggal di Malaysia dan sering bercuti di serata Malaysia untuk mendapatkan pengalaman makanan tempatan.

Di ruangan komen video tersebut, ramai tidak menyangka ada juga orang tertarik untuk membuat sushi menggunakan ikan-ikan Malaysia.

SAYS.com
Image via SAYS

Pesanan supaya rakyat Malaysia tidak mencuba perkara ini sendiri

Dilaporkan SAYS, Fumi berpesan supaya orang Malaysia tidak cuba untuk melakukan perkara ini.

SAYS.com
Image via Durian Life

Fumi menjelaskan perkara ini tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Keluarga mereka pula sudah lama mengendalikan dan memakan makanan laut mentah.

"Walaupun sudah 50 tahun saya menangkap ikan, saya masih berjaga-jaga. Sejurus ikan ditangkap, ia mesti dibuang darah dengan betul, dimasukkan kedalam ais secepat mungkin dan disediakan dengan baik," katanya.

"Keluarga Jepun, terutamanya pemancing seperti kami, telah bergenerasi makan makanan laut mentah. Ibubapa sendiri telah mengajar anak mereka dari kecil dengan teknik dan keselamatan,

"Setelah bertahun-tahun belajar, anda boleh tahu jika satu ikan mentah itu selamat dan sedap. Jadi untuk keselamatan dan kesihatan anda: BIAR KEPADA YANG LEBIH PROFESIONAL", kata Fumi.

Fumi menunjukkan proses memotong empat spesies ikan di dalam video berkenaan

Empat spesies ikan tersebut adalah bawal emas, ikan selar, ikan selar mata besar dan ikan selar kuning.

SAYS.com
Image via Durian Life

"Sejak tinggal di Malaysia pada awal tahun 90-an, saya selalu tertanya-tanya mengapa kulinari yang penuh rasa ini tidak mempunyai budaya makanan mentah.

"Merindui sashimi menyebabkan kami terpikir untuk mencuba ikan mentah di Malaysia,"
katanya lagi.

Dia juga berkongsi beberapa tips untuk mengetahui jika ikan itu cukup segar untuk dianggap sebagai gred sashimi:

  1. Bagi ikan kuning, jika jalur kuningnya pudar ia menunjukkan kurang segar.
  2. Ikan yang pejal menunjukkan tanda kesegarannya.
  3. Melihat mata hanya boleh dipercayai jika ikan tersebut sangat segar, tetapi ia bukan indikator 100%
  4. Lapisan lendir menunjukkan kesegaran
  5. Guna cahaya UV untuk memeriksa parasit atau cacing

Mereka bertiga selalu pergi ke Pasar Selayang untuk mencari ikan-ikan segar.

"Walaupun sudah biasa, kami hanya membeli ikan yang dibuat sushi hanya setiap empat atau lima kali ke pasar. Kami sangat jarang makan dan sangat memilih.

"Jika anda seorang Kaki Mancing, anda sudah semestinya tahu ikan cukup segar untuk dimakan mentah. Keluarga kami suka memancing dan mengembara ke seluruh Malaysia seperti Terengganu untuk mencari ikan paling segar untuk terus dibuat sashimi,

"Tetapi disebabkan kami tinggal di KL, kami hanya pergi ke pasar basah berdekatan sahaja,"
katanya.

Fumi memberitahu dalam video terbaru itu dia hanya menggunakan RM40 sahaja untuk membuat sushi selepas pergi ke Pasar Selayang.

Dalam video tersebut ikan yang paling menarik sekali adalah bawal emas sebagai sushi dan ikan selar yang dibakar sedikit.

SAYS.com
Image via Durian Life

Fumi dan keluarga sangat menyukai makanan Malaysia dan mengatakan ia seolah-olah syurga makanan buat mereka. Bersembang dengan orang tempatan ke mana sahaja mereka pergi juga menjadi antara perkara paling disukai keluarga.

Tonton video penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: