Kos ‘Dating’ Kian Membebankan, Ada Individu Sanggup Berhutang Demi Bahagiakan Pasangan
Pentingnya menyesuaikan perbelanjaan janji temu dengan kemampuan kewangan individu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu daripada 10 lelaki mengaku pernah berhutang hanya untuk keluar janji temu atau dating
Menurut laporan daripada Harian Metro, data ini berdasarkan dapatan Tinjauan Perbelanjaan Janji Temu (Dating) di Malaysia yang dikendalikan oleh LEGASI Research, 13.2% responden lelaki mengakui pernah berhutang untuk dating berbanding 4.9% responden wanita.
Malah dalam tinjauan itu hampir separuh menganggap kos dating ketika ini mahal dengan 49.3% menyifatkan aktiviti itu memerlukan perbelanjaan tinggi manakala hanya 13% berpendapat sebaliknya.
Perbelanjaan dating kini berpotensi menjadi komitmen kewangan yang membebankan terutamanya golongan muda yang masih membina hubungan dan mengurus kewangan sendiri.

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiLebih 50% belanja antara RM51 hingga RM200 untuk setiap kali keluar temu janji
Dapataan tinjauan itu juga mendapati 52.6% responden membelanjakan RM51 hingga RM200 untuk setiap temu janji dengan makanan dan minuman menjadi komponen perbelanjaan paling lazim.

Gambar sekadar hiasan.
Image via EllevestAda juga responden yang keluar janji temu sehingga dua kali sebulan sekaligus menjadikan perbelanjaan berkenaan boleh meningkat jika aktiviti ini kerap dilakukan.
Menurut Penyelidik Ekonomi LEGASI Research, Firdzan Nur Yassin, mengatakan keluar janji temu kini bukan lagi sekadar membabitkan perbelanjaan untuk meluangkan masa bersama pasangan tetapi melibatkan tanggungjawab kewangan yang berbeza antara lelaki dan wanita.
Ada yang sanggup berhutang demi keluar temu janji
Difahamkan, walaupun majoriti respoden masih berbelanja dalam lingkungan kos yang munasabah, tetapi terdapat beberapa respoden yang sanggup berhutang untuk keluar janji temu.
Dari segi corak pembayaran, responden lelaki sebanyak 59.3% menyatakan mereka cenderung menanggung keseluruhan kos berbanding 8.2% responden wanita.
Tekanan kewangan ini lebih ketara dalam kalangan lelaki iaitu sebanyak 27.5% manakala tekanan wanita untuk respoden wanita hanya 16.4%.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Healthcare Today41.8% responden lelaki dilaporkan membelanjakan RM100 ke atas basgi setiap janji temu malah terdapat lelaki yang mengeluarkan RM300 ke atas atau lebih.
Julat perbelanjaan setiap kali keluar temu janji yang munasabah adalah antara RM51 hingga RM200.
Oleh itu, mengeatahui had perbelanjaan sangat penting dan menunjukkan betapa pentingnya anda dan pasangan menyesuaikan kos janji temu mengikut kemampuan individu atau bersama.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Asia OneLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via